Sedapkan kalau sekali sekala masakkan menu western seperti spaghetti sebagai hidangan untuk keluarga. Tapi nak masak spaghetti apa yer? Bolognese dan carbonara dah selalu buat. Jangan tak tahu spaghetti blackpepper dan mushroom pun sedap.

Caranya pun mudah juga macam resepi spaghetti yang lain. Yang penting ada spaghetti dan cendawan. Resepi ini dikongsikan oleh Khadijah Jaafar di laman Facebook. Resepi yang mudah ini sangat sesuai untuk  bujang-bujang dan isteri yang bekerjaya. Menu untuk suami masak pun boleh. Jom tengok resepinya. Shiowla

Spaghetti Blackpepper& Mushroom

Bahan-bahan:

  • 1/2 paket spaghetti (Saya suka guna angel hair)
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk hancur
  • Isi ayam/udang
  • Cendawan butang
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 1/2 sudu besar parsley serbuk
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk ayam
  • Minyak zaitun

Cara memasaknya:

  1. Masak spaghetti dulu seperti biasa dalam satu periuk air panas & letakkan dalam air 1 1/2 sudu kecil garam. Selepas sudah masak, bolehlah ditoskan.
  2. Tumis bawang putih hingga sedikit kekuningan. Kemudian, masukkan cendawan dan isi ayam.
  3. Masukkan sos lada hitam, serbuk lada hitam dan serbuk pati ayam. Kacau sehingga semuanya masak. Shiowla
  4. Tuangkan spaghetti, bersama dengan oregano dan parsley.
  5. Perasakan dengan garam dengan secukup rasa. Rasanya boleh atur ikut selera, jika suka lebih black pepper, boleh tambah lagi.
  6. Kacau spaghetti supaya semuanya sebati bersama.
  7. Siap. Hidangkan & sedap dimakan panas-panas.

Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Spaghetti Blackpepper dan Mushroom ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.