Ibu yang selepas bersalin perlu berpantang bagi mengelakkan penyakit seperti meroyan dan untuk menyembuhkan luka bersalin. Pantang larang ketika bersalin perlu diikuti bagi mendapatkan semula bentuk badan asal sebelum hamil. Memakai bengkung adalah salah satu cara untuk mendapatkan semula bentuk badan asal.

Tetapi ada juga pantang larang yang tidak masuk akal dan diyakini boleh membahayakan kesihatan ibu. Pantang larang tersebut adalah jangan terlebih minum air masak semasa berpantang. Pantang larang ini adalah tidak benar kerana ketika berpantang ibu perlu minum air masak secukupnya.

Hal ini kerana, semasa bersalin, ibu telah banyak mengeluarkan tenaga dan banyak darah yang terkeluar. Maka untuk menggantikan semula, ibu perlu minum air secukupnya seperti orang biasa. Apakah sebab air penting bagi ibu berpantang?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai sebab perlu minum air secukupnya ketika berpantang. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

minum air ketika berpantang

Imej via siraplimau

Minum air penting bagi ibu berpantang

Pengambilan air sangat mustahak untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat. Air merupakan komposisi penting untuk memastikan tisu badan sentiasa lembap, melindungi organ dan tisu badan, melarutkan mineral dan nutrien agar mudah diserap badan, menyeimbangkan suhu badan dan sebagainya.

Ketika hamil dan berpantang, amat penting untuk ibu untuk mengambil air dalam kuantiti yang mencukupi untuk memastikan fungsi tubuh sentiasa berada di tahap optimum.

Tindakan mengurangkan pengambilan cecair boleh memudaratkan hingga menggalakkan pembentukan
darah beku. Ini boleh mengancam nyawa dan menyebabkan kematian mengejut di kalangan ibu selepas berpantang atau dipanggil pulmonary embolism.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan mempunyai ulasan
mengenai keadaan tidak sihat ini.

Menurut kajian, jika dibandingkan ibu berpantang dan ibu yg sedang mengandung, kejadian darah beku ( thrombosis ) lebih senang berlaku pada ibu berpantang dengan perkadaran 5 kali ganda lebih tinggi pada ibu berpantang.

Dalam erti kata lain, darah beku ni boleh berlaku pada kedua-dua kumpulan iaitu ibu hamil dan ibu berpantang, tetapi ibu berpantang lebih senang kena.

Kepentingan air untuk ibu berpantang

Darah ibu hamil lebih pekat, senang beku

Selain daripada perubahan fisiologi badan semasa hamil menyebabkan darah ibu mengandung ini lebih pekat dari biasa dan senang membeku, kekurangan air ( dehidrasi ) atau tidak bergerak untuk tempoh masa yang lama, atau jangkitan kuman – boleh menyebabkan darah beku ini terhasil.

Air mengelakkan ibu kekeringan dan membantu penghasilan susu ibu

Air yg mencukupi bukan sahaja diperlukan untuk si ibu tidak mengalami kekeringan dan dalam masa yg sama penting untuk penghasilan susu badan.

*Jangan sesekali hadkan minum air masak kerana air dapat membantu ibu berpantang untuk mengekalkan segesaran badan dan penghasilan susu badan. Minum air sebanyak 2 liter sehari, isipadunya sama banyak seperti orang biasa minum. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.