Saya catit disini beberapa sebab seseorang itu boleh jadi pembuli. Rasanya ada lebih dari ini. Mungkin pembaca boleh tambahkan dalam komen.
1. Pembuli sendiri tertekan dan ada banyak perkara yang dia tidak puas hati dengan layanan ibu/bapa penjaga atau guru maka membuli adalah cara melepaskan geram.
2. Pembuli kurang mendapatkan perhatian yang diperlukan dari rakan, guru atau dirumah dan aktivit membuli adalah untuk dapatkan perhatian dari kawan supaya nampak seperti berkuasa.
3. Pembuli belajar dari ibu/bapa atau penjaga serta Cikgu dan merasakan itu perkara yang tidak salah. Jiwa sudah menjadi keras oleh kerana pendedahan pada kekasaran. Mereka juga mungkin melihat itu cara untuk menjadi berkuasa dan berpengaruh.
4. Pembuli juga mangsa buli dan melepaskan geram terhadap orang yang bulinya dengan membuli orang lain.
5. Oleh kerana dibesarkan dalam suasana kasar dan kurang kasih sayang, mereka belajar untuk suka melihat rakan mereka sengsara. (sadist)
6. Banyak melihat cerita ganas dalam media dimana kaki pukul dan hero vigilante diagungkan.
Apa yang kita lihat ada puncanya dan puncanya ada dalam masyarakat kita, sama ada di sekolah atau di rumah.
Cuba kita mulakan dengan rumah sendiri. Adakah rumah kita penuh dengan kepedulian dan kasih sayang?
Sudahkah kita kawal pendedahan anak kepada media?
Penulisan ini adalah umum. Bukan untuk tuding jari kemana-mana pihak tetapi untuk self reflection dan self correction jika perlu.