Ramai dikalangan kaum lelaki di Malaysia ini yang nak kahwin dan ramai juga yang masih belum berkahwin. Yang nikah banyak pun berlambak juga. Bila difikir secara rasional, siapa yang tidak mahu berkahwin. Tidak kira lelaki atau perempuan semuanya mahu berkahwin. Cuma lambat atau cepat ja sesatu perkahwinan itu.

Dulu, sering kita dengar kaum lelaki dalam umur 20an kebanyakkannya sudah berkahwin. Berbanding dengan la, semuanya nak mengelak bila di tanya tentang perkahwinan. Kadang-kadang tiada jawapan yang boleh diberi.

sebab lelaki lambat kahwin
image via : Hot FM

Tambah pula bila si lelaki dah ada pasangannya, persoalan tentang bila nak kahwin mesti akan timbul dan mereka seakan mengelak dengan persoalan itu. Ini menyebabkan si perempuan akan mengaanggap si lelaki tidak serius dan hanya main-main dengan mereka.

Tidak mustahil dan pelik bila kita dengar, trend sekarang, ramai lelaki berkahwin lewat ataupun tidak berkahwin langsung. Dan dalam kehidupan sekeliling kita, pasti ada saudara atau kenalan kita yang tidak berkahwin lagi walaupun umur mereka dah masuk 30an atau 40an.

15 Sebab Mengapa Lelaki Lambat Kahwin

1.Duit Belum Cukup

DUIT. Ya duit adalah sebab utama mengapa ramai lelaki lambat kahwin. Faktor duit adalah salah satu sebab yang paling popular. Tapi kalau difikirkan balik memang betul juga. Kalau duit tak cukup macamana nak berkahwin dan nak sara anak orang. Macam-macam yang perlu difikirkan, duit hantaran duit kenduri. Semuanya guna duit.

2. Terlalu Cerewet

Bukan kaum perempuan jer yang cerewet, malah kaum lelaki pun ada cerewetnya dalam cari pasangan. Malah ada yang lagi teruk sikap cerewetnya. Serba tak kena, semuanya nak yang perfect di mata mereka. Pilih punya pilih, tetap tak jumpa pilihan hati. Sedar tak sedar, umur semakin berganjak naik dari 20an ke 40an.

3. Masih Perlu Menanggung Keluarga

Sebab ramai lelaki lambat kahwin yang seterusnya adalah kerana mereka masih lagi menanggung keluarga mereka. Pengorbanan seorang lelaki yang cukup besar bila sanggup tepikan perasaan mereka dalam memenuhi tanggung jawab mereka terhadap keluarga.

4. Belum Bersedia

Alasan yang selalu juga diberi tetapi sampai bila si lelaki baru nak bersedia. Kalau tak bersedia jawapannya kena belajar. Dalam kehidupan seharian kita, kita akan belajar tentang kehidupan dan semua tu kita boleh praktikkan selepas berkahwin. Kalau kita kata kita tak bersedia sampai bila-bila pun kita tak akan bersedia.

5. Pernah Kecewa Dan Gagal Dalam Bercinta

Pengalaman putus cinta di masa lalu menyebabkan si lelaki ada sebab lambat berkahwin. Pengalaman yang menyakitkan, perit ditinggalkan membuatkan si lelaki serik untuk bercinta lagi.

6. Banyak Perkara Nak Kena Fikirkan

Ya, memang banyak perkara yang nak difikirkan. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Banyak benda nak kena fikir dan buat. Bukan boleh redah sesuka hati saja. Patutlah ramai lelaki lambat kahwin, banyak benda nak fikir rupanya.

7.Tak Datang Seru Lagi

Sebab lambat berkahwin bila si lelaki kata ‘ tak sampai seru lagi’. Salah 1 ayat yang paling glamour bila ditanya tentang soalan perkahwinan. Tapi macam mana nak sampai serunya kalau pasangan pun tak ada lagi.

8. Ada Masalah Kesihatan

Bila si lelaki tidak yakin untuk berkahwin kerana sakit. Masih dalam rawatan dan nak tunggu penyakit itu sembuh dulu baru nak fikir soal kahwin. Perasaan itu membuatkan mereka teragak-agak dan mengambil masa untuk berfikir untuk memikirkan tentang soal perkahwinan. Biar jadi penyumbang kepada kumpulan ramai lelaki lambat kahwin asalkan diri sihat dulu untuk bersama bakal isteri. 

9. Nak Sambung Belajar Lagi

Sambung belajar antara sebab lambat berkahwin. Ada yang boleh fokus bila berkahwin ada yang tak boleh. Mereka akan tunggu sampai habis belajar baru nak fikirkan soal perkahwinan.

10. Takut Jika Ditakdirkan Bercerai

Akibat dari pengalaman penceraian ibu bapa mereka di masa lepas membuatkan si lelaki ambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkahwinan. Mereka dah lalui situasi penceraian itu dan takut kejadian itu akan berulang dalam kehidupan mereka.

sebab lelaki kahwin lambat
image via : Techybeasts

11. Baru Mulakan Kerjaya

Sebab lambat berkahwin bila si lelaki baru mula bekerja dan ingin bina kerjaya mereka dahulu untuk kehidupan yang lebih stabil. Tak dinafikan memang ramai lelaki lambat kahwin kerana nak siapkan rumah, kereta dan lain-lain untuk hidup dalam keadaan ekonomi yang lebih kukuh bersama keluarga yang bakal dibinanya kelak. 

12. Ada Jodoh Tetapi Tidak Direstui Famili

Ada lagi zaman sekarang ni bila jodoh anak-anak masih ditentukan oleh ibu ayah. Kadang-kadang si lelaki sudah ada calon pilihan hati dan tidak direstui keluarga menyebabkan si lelaki berlengah-lengah dalam soal perkahwinan.

13. Belum Puas Berseronok

Kerap kita dengar ‘enjoy puas-puas dulu pastu puas baru kahwin’ . Macam-macam hendak dilakukannya sementara masih single. Mungkin kerana takut kalau lepas kahwin nanti dah tak boleh nak suka-suka dengan kengkawan macam ketika masih bujang. 

14. Ingin Rasa Hidup Bebas Tanpa Dikongkong

Lelaki kerapa merasakan yang segalanya akan berubah setelah berkahwin. Kadang-kadang, lelaki ni banyak sangat outdoor activity mereka. Bila berkahwin maka mereka rasakan semuanya akan tersekat. Tapi boleh saja berbincang dahulu dengan pasangan mengenai masalah ni. Yang penting kena ada sikap bertolak ansur.

15. Masalah Kecelaruan Dalam Diri

Salah satu sebab lambat berkahwin bila si lelaki ada masalah kecelaruan dalam diri. Tidak tahu sama ada suka lelaki ataupun perempuan. Memang beetl-betul bermasalah ni. Mereka boleh mengambil masa yang sangat lama dalam memulihkan masalah tersebut.

sebab lelaki lambat kahwin
image via : SF Gate

Sebab Lelaki Lambat Kahwin Bukan Semua Sengaja Di Buat-Buat, Jangan Paksa!

Jadi, tidak jadi masalah bila lelaki berkahwin lewat. Sudah semestinya kita tidak boleh memaksa mereka berkahwin hanya untuk penuhi impian orang lain. Pasti mereka ada sebab dan alasan tersendiri kenapa mereka lewat berkahwin.

Soal jodoh itu semuanya rahsia Allah tapi takkan kita nak tunggu jodoh tu datang bergolek macam tu saja. Kita kena juga berusaha dalam mencari jodoh kita.

Sumber :

  1. Maskulin

2. Baitul Jannah

3. Berita Harian

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.