Sizzling termasuk hidangan panas yang memang sesuai dijadikan hidangan petang-petang mahupun makan malam. Makanan ini menarik dan menaikkan nafsu makan. Anda yang menggemari sizzling mesti selalu beli makanan ini di kedai makan.
Namun, kenapa perlu beli lagi jika anda sebenarnya boleh menyediakan sendiri hidangan bertaraf restoran ini di rumah? Anda boleh makan bila masa anda mahu. Sebetulnya resepi sizzling tidak sesukar yang anda bayangkan. Resepi dan bahan-bahannya juga sangat mudah didapat.
Tak susah pun nak buatnya jika anda jumpa resepi yang betul. Seperti resepi yang mendapat perkongsian ramai yang kami tulis dibawah ini. Resepi sizzling yee mee yang dikongsikan oleh Yati Mohd di Facebook.
Anda tak perlu risau jika tak ada hot plate untuk sizzling. Anda boleh guna kuali kecil saja. Tampilan beza namun rasa konfirm sama dengan restoran. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
1. Tumis bawang putih dan halia hingga layu dan masukkan cili kering. Masak hingga naik bau dan bubuhkan cendawan. gaul sebati.
2. Kemudian masukkan 1 cawan air.
3. Biarkan cendawan menjadi lembut dan masukkan ayam. Gaul sebati. Kacau dalam 5 min.
4. Masukkan air. Agak-agak saja. Perasakan dengan kicap pekat, sos tiram, kiub ayam knor, sedikit gula, ajinomoto, serbuk lada hitam dan lada putih. Biar hingga menggelegak dan kecikkan api.
5. Tutup kuali dan masakkan hingga cendawan dan ayam agak lembut. Masukkan air tepung jagung hingga kuah agak pekat. Sesuai rasa dan selera, boleh tutup api.
6. Untuk menghidangkannya guna kuali kecil. Masukkan kuah, pecahkan telur dan masukkan yee mee sesanggul.
7. Lepas itu alihkan kedalam pinggan dan taruh sayur sawi dan sedikit lagi kuah. Siap untuk dihidang bersama dengan cili api hiris. Selamat mencuba.
Yee mee kalau mahu celur dengan air panas sekejap pun boleh juga. Saya tak celur sebab kuah boleh melembutkan yee mee.
Selain resepi sizzling yee mee, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.