Adakah anda merupakan peminat yan suka makan tempe goreng dengan sambal kicap? Ataupun jenis yang suka makan dengan sambal tumis?
Orang darah jawa memang penggemar tempe goreng. Hingga kebiasan ini turun ke orang melayu.
Tempe goreng biasanya digandingkan untuk makan bersama dengan ayam penyet. Di mana tempe digoreng rangup ini sedap dimakan dengan sambal penyet atau dicicah sambal kicap atau diratah macam itu sahaja. Makin sedap jika dimakan bersama-sama dengan ayam goreng dan sayur.
Ingin makan tengah hari anda jadi makin berselera? Sila cuba hidangkan tempe goreng, mesti ramai yang suka dan berselera makan. Resepi didatangkan daripada Noraini Hussin di laman Facebook. Selamat mencuba.
Selain resepi tempe goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.