Penggemar kaki ayam patut cuba resepi sup kaki ayam ala Thai yang kami kongsikan di bawah ini.

Kaki ayam terdapat sedikit daging pejal, banyak kulit dan daging lunak. Ia pula banyak terdapat sumsum tulang. Sehingganya kaki ayam sangat disukai oleh sebahagian orang.

Resepi yang paling sesuai untuk kaki ayam ialah sup. Kerana lembut dagingnya terjaga kekal dan tidak dikikis oleh minyak seperti kalau digoreng.

Bayangkan setiap kelazatan yang ada di kaki ayam ketika anda mula menggigit-gigit manja kaki ayam. Hisap sumsum tulang bagian favorit. Hirup kuah sup makan dengan nasi putih. Nyaman sungguh! Sila buat sup kaki ayam ala Thai, resepi kredit kepada Leeina Qaliena di laman Facebook.

Resepi Sup Kaki Ayam Ala Thai

sup kaki ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 500 gm kaki ayam,
  • 7 ulas bawang putih (dibelah dua),
  • 1 ketul halia saiz sederhana (diketuk-ketuk sedikit),
  • 2 biji ubi kentang (belah 4),
  • 1 biji lobak merah (potong ikut suka),
  • 1 pack cendawan (dicarik-carik),
  • 2 biji tomato (belah 4),
  • 2 biji bawang besar (belah 4),
  • 10 biji cili thai (diketuk),
  • 4 helai daun limau purut muda,
  • 2 biji limau kasturi/1 biji limau nipis,
  • *3 ulas bawang merah (hiris nipis),
  • *3ulas bawang putih (hiris nipis),
  • *2 inci halia dihiris nipis,
  • *1 kuntum bunga lawing,
  • *1 inci kulit kayu manis,
  • *2 biji buah pelage,
  • 1 sudu besar rempah sup/rempah kurma,
  • Garam secukup rasa,
  • Ajinomoto/Maggie cukup rasa (jika suka).

Cara-cara :

  1. Kaki ayam dicuci bersih dan direbus bersama halia yang diketuk dan bawang putih yang dibelah dua. Rebus sampai kaki ayam lembut.
  2. Setelah kaki ayam lembut masukkan ubi kentang. Rebus lagi hingga ubi kentang lembut.
  3. Dalam periuk yang lain tumiskan bahan bertanda * hingga kekuningan dan wangi. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Kemudian tuangkan kaki ayam dan kentang yang direbus tadi kedalam bahan rempah.
  5. Masukkan garam, serbuk perasa, perahan limau nipis/limau kasturi.
  6. Bila nampak sudah mendidih masukkan cendawan, tomato, bawang besar dan cili padi. Kacau dan biar seketika.
  7. Bila sudah masak padamkan api dan masukkan hirisan daun ketumbar.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sup kaki ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.