Sedapkan kalau dapat makan sotong goreng tepung macam kat kedai tuh kan. Sotong goreng tepung yang rangup di luar lembut di dalam. Cicah dengan sos pun jadilah. Kalau makan dengan nasi panas lagilah naik umph orang kata. Resepi ini sangatlah sesuai untuk sesiapa yang menyesal bila order kat kedai tapi asyik-asyik dapat tepung goreng sotong jer. Buat sendiri pasti tak menyesal dah.

Tapi itulah ramai kan yang cakap susah lah nak buat. Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Atirah Abdullah Shah Aimin di Facebook. Perkongsian beliau mendapat perhatian dari ramai orang tau. InsyaAllah menjadi. Apa lagi jom tengok resepinya.

Resepi Sotong Goreng Tepung

sotong goreng tepung

Imej via Facebook

Bahan A:

– Sekilo sotong segar

– 1 biji telur gred A

– Maggi cukup rasa (secukupnya)

– Serbuk lada putih (1sudu kecil)

Cara-caranya:

  1. Bersihkan sotong dan toskan (wajib)  supaya tidak terlalu mengandungi air.
  2. Gaulkan sotong bersama bahan-bahan A yang lain.

Bahan B:

– 2 senduk besar tepung serbaguna apa-apa jenama (bestari, adabi, kentucky dan lain-lain)

– 3 sudu besar tepung beras

– 1 sudu besar tepung jagung

Cara-caranya:

  1. Kacau sehingga rata Bahan B. Panaskan minyak di atas kuali (minyak mesti banyak).
  2. Ambil  sedikit sotong satu persatu dan salutkan bersama Bahan B.
  3. Masukkan sotong ke dalam kuali yang dipanaskan tadi dan goreng dengan api yang sederhana.
  4. Goreng sehingga berwarna “golden brown”.

Tips:

  1. Sotong tidak boleh digaulkan bersama tepung terlalu awal sebelum dimasukkan kedalam minyak panas.
  2. Ulang langkah menyalut sotong dengan tepung sehingga kesemua sotong siap digoreng.

Selamat mencuba. Selain dari resepi ini. Kami di bidadari juga ada kongsikan resepi -resepi menarik yang lain untuk dicuba. Jemput tengok dan cuba ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.