Sekarang ini banyak di viral kan makanan proses seperti sosej, daging burger, nugget dan sebagainya tidak baik untuk kesihatan berikutan cara pembuatannya yang menggunakan bahan yang tak berkualiti seperti urat, lemak dan sebagainya. Tapi apakan daya, nak berhenti 100% memang tak dapatlah. Tambah-tambah untuk kanak-kanak dan orang muda.

Tahukah anda? Sebenarnya kita boleh cuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Bahan dan caranya pun mudah. Mesti terkejut punya bila tengok resepi di bawah nanti. Tak sangka dek akal rupa-rupanya nak membuatnya semudah abc dan 123. Siap boleh simpan lagi tuh. Bolehlah untuk beberapa kali makan. Yang paling penting yakin berkhasiat, bersih dan sedap.

Jom tengok resepi Sosej Homemade dulu. Resepi ini daripada Naa Rohzurina. InsyaAllah sama macam yang dijual di luar tuh. Jom tengok resepinya.

Resepi Sosej Homemade

Resepi Sosej
Imej via Facebook

Bahan-bahan :-

  • Sebiji ubi kentang
  • 4-5 ketul dada ayam
  • 2 biji telor
  • Apa-apa sayuran (Daun sup dan lobak merah)
  • Sebiji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
  • Tepung ubi 4 sudu bancuh dengan air setengah gelas

Cara-caranya :

  1. Campurkan kesemua bahan dan kisar.
  2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim ikat di hujung kiri dan kanan. 
  3. Kemudian rebus dalam 10-15 min.

Betulkan? Semudah abc. Hanya 3 langkah dah siap sosej homemade kita nih. Kalau nak makan terus, bolehlah goreng. Tapi kalau nak simpan, pastikan simpan di tempat sejuk beku ya. Nak lagi sedap, sebelum goreng tuh, boleh jer kalau nak golekkan dengan ‘bread crump’ atau kita panggil serbuk roti. Tapi jangan lupa ya celupkan ke dalam telur dahulu supaya serbuk roti tuh senang melekat nanti.

Selain resepi sosej homemade ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Dan satu lagi terima kasih lah sebab sudi melawat blog kami nih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.