Siapa suka ikan salmon? Jangan tak tahu selain dibuat sushi dan grill ada yang dibuat gulai. Almaklumlah salmon ini merupakan ikan yang mempunyai nutrisi protein yang sangat tinggi. Sangat sesuai untuk tumbesaran anak-anak.

Tapi itulah kan, ikan salmon ini sedikit tawar, tak rasa seperti ikan-ikan lain yang ada rasa manis ikan. Jadi, resepi Salmon Creamy lemon Sauce yang dikongsikan oleh NaNie Johari  di laman Facebook ini dipercayai mampu menaikkan rasa dan selera salmon tersebut.

Menurut beliau lagi, resepi ini diolah dari satu resepi yang menggunakan bahan tidak halal dan resepi ini diolah mengikut rasa di Malaysia. Malay fusion gitu. Apa lagi jom tengok resepinya. Mudah difahami dan sudah semestinya mudah dibuat.

Salmon Creamy Lemon Sauce

Salmon Creamy Lemon Sauce

Imej via facebook

Bahan-bahannya:

  • Ikan salmon 2@3keping
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu besar butter
  • 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang holland ( dipotong dadu)
  • Garam
  • Black pepper
  • 1 sudu kecil Garlic salt (xgunakan pn xpe)
  • 1 sudu besar perahan jus lemon
  • 1 kiub pati ayam (dibancuh dgn air panas 1/2cup)
  • 200ml Cooking cream
  • 5sudu serbuk parmesan
  • Asparagus/baby spinach

Cara-cara penyediaannya:

  1. Lumurkan ikan salmon dengan garam dan black pepper dan kemudian goreng dengan minyak masak dan kemudian ketepikan.
  2. Kemudian dengan menggunakan kuali yg sama, letakkan butter, tumis bawang putih dan bawang holland sehingga keperangan dan kemudian masukkan bancuhan kiub pati ayam tadi
  3. Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan cooking cream, asparagus/baby spinach, black pepper, garlic salt dan perahan jus lemon.
  4. Tunggu sehingga mendidih dan kemudian letak serbuk parmesan.
  5. Kacau sebentar sehingga mendidih, tutup api dan siram ke atas ikan salmon tadi.

Selain resepi Resepi Salmon Creamy Lemon Sauce ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.