Jom cuba resepi rendang ayam ini.

Kalau dengar tentang rendang ayam sudah tentunya akan mengingatkan kita tentang hari raya. Walaubagaimanapun, ianya juga boleh dimakan pada bila bila masa.

Warnanya yang keemasan berserta ayam yang empuk dimasak amat enak dimakan bersama nasi putih. Selain daripada nasi putih, ianya juga boleh digabungkan bersama dengan nasi lemak, nasi minyak atau boleh sahaja dicicah bersama roti. Sedapnya!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Miya Aira dan post beliau telah mendapat sebanyak 2.8 ribu perkongsian.

Resepi Rendang Ayam

Rendang Ayam

Imej via Facebook

Bahan Bahan:

Bahan bahan A (untuk seekor ayam):

  • 20 ulas bawang merah (hiris)
  • 13 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci Halia (hiris)
  • 2 inci lengkuas (tumbuk)
  • 2 inci kunyit hidup ( tumbuk)
  • 3 batang serai (ketuk) 
  • Rempah penumis (2 batang kayu manis, 5 biji buah pelaga, 3 kuntum lawang)

Sekeping asam keping

Nota : Sekiranya hendak buat untuk dua atau tiga ekor ayam, lebihkan kuantiti bahan ya. Kuantiti saya buat khas untuk seekor ayam.

Rendang Ayam

Imej via Facebook

Bahan bahan B

  • Seekor ayam wajib potong kecil-kecil untuk lagi sedap
  • Dua kotak kecil santan Kara atau yang besar 500ml pun boleh (nak guna santan asli pun boleh lagi sedap)
  • 8 sudu besar cili kisar (atau suka pedas boleh lebihkan)
  • Kerisik (untuk gelapkan warna rendang)
Rendang Ayam

Imej via Facebook

Cara – Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak. Minyak haruslah banyak sebab nak bagi cili kisar masak sepenuhnya .Tapi haruslah berpada – pada. Agak-agak anda ye.
  2. Tumis semua bawang, halia dan rempah penumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai
  4. Masukkan cili kisar
  5. Kacau rata. Buka api sederhana.
  6. Masukkan lengkuas dan kunyit yg ditumbuk tadi.
  7. Tumis hingga cili pecah minyak atau sedikit garing (tapi jangan hangit pula!). Api sederhana. Langkah ini sangat sangat penting kerana kalau gagal disini akan mempengaruhi rasa rendang.
  8. Selepas cili dah pecah minyak, masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam sedikit kecut.
  9. Masukkan sedikit santan cair untuk bagi ayam masak.
    Nota : Ambil dalam tiga sudu besar santan pekat dan campurkan dengan sedikit air. Jadikan santan cair.
  10. Masak hingga mendidih. Tukar kepada api perlahan.
    Nota : Mula-mula memang nampak macam kari, jangan risau ya memang begini.
  11. Masukkan semua santan pekat. Ingat guna api paling kecil sahaja ya. Pastikan sentiasa dikacau. Jangan dibiarkan walaupun seminit! Masa ini juga boleh masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa.
  12. Bila ayam sudah masak sepenuhnya, angkat semua ayam. Ini petua saya untuk tidak mahu bagi ayam hancur. Masak rendang mengambil masa yang sangat sangat lama confirm ayam yang kita masak akan hancur. Jadi ikutlah petua saya ini. 
  13. Ketepikan ayam dulu.
  14. Mengikut gambar:
    Rendang Ayam

    Imej via Facebook

    14.1 .Masak kuah sahaja. Masukkan asam keping
    14.2. Masukkan satu sudu besar kerisik
    14.3. Sentiasa kacau rendang tersebut. Amaran keras! Proses ini mengambil masa yang sangat lama.
    14.4. Rendang mulai pecah minyak.
    Nota : Step ini memang mengambil masa dalam satu jam atau satu jam lebih bagi mendapatkan pecah minyak. Ingat jangan dibiarkan dan sentiasa kacau rendang itu. Gunakan api kecil untuk memasak.

  15. Apabila sudah hendak pecah minyak, ayam dimasukkan semula kedalam rendang.
  16. Masak hingga pecah minyak sepenuhnya atau hampir nak kering. Api dibuka perlahan. Sentiasa kacau. Boleh rasa dulu. Jika tak cukup rasa boleh tambah garam mengikut deria rasa anda.
    Nota : Jumlah masa yang diambil oleh saya untuk membuat rendang ini hampir 3 jam tau. Lagi lama rendang di masak lagi bertambah sedap.
  17. Bila warna dah kegelapan atau hampir dah nak kering, atau terpulang pada anda, suka kering macam mana, bolehlah tutup api. in shaa Allah memang sedap dan tahan lama.
    NOTA : Jika anda suka, akhir sekali boleh tabur daun kunyit yang diracik kecil-kecil.

Resepi – Resepi Lain Yang Menarik:

Selain daripada resepi rendang ayam ini, terdapat banyak lagi resepi yang menarik dan mudah untuk anda mencuba. Selamat mencuba!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.