Puteri ayu yang selalu anda makan dan dijual kebiasaannya ialah puteri ayu pandan kelapa. Tapi pernahkah anda makan dan merasa puteri ayu coklat cheese? Resepi ini sempat viral dan dicubakan orang ramai. Adakah anda teringin?

Resepi puteri ayu coklat cheese senang sangat! Dikongsikan oleh ‎ ‎Zubaidah Awang‎ di laman Facebook. Yang perlu anda lakukan hanya menyediakan adunan cheese dan adunan coklat. Lepas itu letak dalam acuan dan boleh dihidang selepas dikukus.

Sila cubakan resepi yang amat senang daripada kami. Boleh cuba buat untuk niaga manatahu rezeki kan?

Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese

Imej via Facebook

Bahan Adunan Cheese :

  • 250 gm cream cheese,
  • 20 gm tepung gandum,
  • 80 gm gula kastor,
  • 25 ml susu cair,
  • 1 biji telur ayam.

Cara-cara :

  1. Putar dulu cream cheese dengan gula, telur, susu cair pastu masuk tepung pukul sampai sebati dan licin tiada ketulan.
  2. Sapu acuan dengan minyak sedikit. Kemudian boleh letak adunan dalam acuan, kukus 2 minit.

Resepi Adunan Coklat

Bahan Blend :

  • 1 cawan minyak (minyak jagung/minyak masak),
  • 1 cawan susu pekat,
  • 1 cawan susu cair,
  • 1 cawan serbuk koko,
  • 10 sudu besar gula, kalau anda suka manis boleh tambah jadi 12 sudu.
  • 3 biji telur ayam Gred A.
  • Blend sebati lebih kurang 5 minit.

Bahan Ayak :

  • 1 ¼ cawan tepung gandum (kalau guna tepung kek boleh tapi tidak perlu letak soda dan baking),
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat,
  • 1 sudu kecil baking powder,
  • Secubit garam halus.

Cara-cara :

  1. Campurkan bahan blend dan bahan ayak sedikit-demi sedikit dalam bekas besar, kaup balik sampai sebati. Tapis adunan untuk elak ada yang berketul.
  2. Biarkan sekejap.
  3. Kemudian boleh tuang kr atas cheese yang sudah dikukus tadi. Kukus balik dalam 7 minit/sehingga masak. Guna api sederhana.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi puteri ayu coklat cookies , kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.