Anda kena cuba resepi puding roti biskut ini. Sebelum ini kami telah kongsikan beberapa jenis puding roti yang agak menarik untuk anda cuba. Kali ini juga masih lagi tentang resepi puding roti dan ia agak special sebab menggunakan biskut pula untuk menyediakannya.

Apa yang lebih menarik lagi ialah resepi puding roti biskut ini dapat mencuri perhatian anak-anak kecil kerana coraknya yang sangat comel dan Nampak sangat menyelerakan untuk dicuba.

Puding ini menggunakan agar-agar bertali. Kalau anda lebih gemar untuk menggunakan agar-agar serbuk pun tidak mengapa tapi kena pandai adjust lah kan. Tapi kan sebenarnya menggunakan agar-agar bertali ni mudah sangat. Tidaklah susah pun. Sukat dengan betul, pasti menjadi! Yang susah tu kalau tak pernah belajar dan tak pernah buat.

Puding ini juga menggunakan gula batu sebagai asas bahannya. Beza apa gula biasa dengan gula batu? Haaa kalau nak tahu, gula batu ni lebih menyedapkan masakan tau. Kalau tak pernah cuba, wajib cuba! Biasanya kalau nk masak puding, memang rasa lebih sedap lah kan. Dari segi kesihatan pun, gula batu ni lebih bagus dari gula pasir biasa. Nak buat minuman ker nak buat dessert ker, haa campurlah gula batu ni tau! Memang marvelous.

Jadi, resepi kali ini adalah sumbangan dari Miera Cake N Pudding di Facebook. Saudari kita ni memang buat bisnes dessert tau. Jadi, bersyukurlah beliau sudi berkongsi resepi puding yang rare dan sedap ni untuk kita semua. Kalau ada nak order puding or kek pape pun, bolehlah hubungi beliau ya! Selamat mencuba semua!

Resepi Puding Roti Biskut Cheese

Puding Roti Biskut Cheese
Image Via Facebook

Bahan A:

30g Agar2 tali (rendam 2 jam)
1800ml air
200g gula
10g gula batu

Bahan B:

(Blander semua bahan nie)
6 keping roti buang tepi
30g biskut cheese
10g tepung kastad
3biji telur gred A
2 sudu teh esen vanilla
1/2 tin susu cair (F&N)
1/2 tin susu pekat (F&N)

Bahan C:

Coklat elmulco
Perwane kuning telor
Perwane biru
Perwane pink

Cara Penyediaan:

(1) Masak agar-agar hingga hancur.
(2) Lepastu masukan gula dan gula batu. Bila semua dah hancur, masukkan bahan yang di blender tadi menggunakan api yang slow je. Perlu sentiase kacau. Bila dah nampak macam nak mendidih tutup api.
(3) Cara layer ambil 600ml agar-agar yang masak tadi dan tuang ke dalam loyang 10×10. Biar kan keras sekejap
(4) Kemudian, ambil lagi 400ml. Masukkan coklat emulco dan tuang atas yg putih tadi
(5) Lepastu ambil pulak 300ml untuk kuning. Buat sama seperti tadi sampai habis. Warna terserahlah nak letak warna apa.
(6) Untuk hiasan bulat dot dot tu, amik straw atau bekas sos untuk buat dot dot.

Macam mana dengan resepi ni? Best ker best? Haa mestilah best kan! Selain resepi ini, ada banyak lagi tau resepi lain yang ada di blog bidadari.my ni. Jemputlah untuk lihat kesemuanya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE juga ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.