Siapa suka pizza dan suka membuat pizza? Boleh cuba pizza mini resepi daripada Natasha Jeffrey yang dikongsikan di Facebook.

Kanak-kanak suka pizza mini ini kerana saiznya yang kecil dan comel yang membuat ianya mudah dimakan. Tentunya kanak-kanak akan lebih suka dan tertarik dengan pizza mini.

Pizza mini boleh dijadikan menu petang-petang. Boleh juga dijadikan antara menu kudapan untuk kenduri kendara mahupun untuk jualan.

Rasanya sedap dan lazat. Dengan pizza mini anda boleh menikmati pizza ala restoran dengan saiz yang lebih kecil lagi berbaloi. Selamat berpizza.

Resepi Pizza Mini

pizza mini

Imej via Facebook

Membuat Doh Pizza @ Roti Pizza :

Bahan-bahan :

  • 250 ml air suam,
  • 1 peket yis mauripan,
  • 1 sudu kecil gula,
  • 1 sudu kecil susu pekat,
  • 4 cawan tepung gandum,
  • 1 biji telur,
  • ¼ sudu kecil garam,
  • 1 cawan marjarin.

Cara-cara :

  1. Campurkan gula dan susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
  2. Dalam mangkuk lain masukkan 4 cawan tepung gandum, marjarin, garam dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Kemudian baru masukkan yis yang sudah naik, dituang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan.
  4. Bila doh sudah tidak melekat di tangan, boleh tutup dan biar dalam 20 atau 30 minit untuk bagi doh naik 2x ganda.

Topping Pizza :

  • Tomato puri,
  • Veges campur,
  • Sosej,
  • Cheese cheddar atau mozzarella,
  • Sos cili,
  • Mayonis.
  • Oven selama 190°C selama 20 minit atau sehingga masak.
  • Boleh hias ikut suka hati.
  • Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pizza mini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.