Nona manis merupakan sejenis kuih yang menggabungkan rasa manis dan wangi pandan, lemak dan masin santan pekat di mana gabungan rasa – rasa ini menjadi dambaan penggemar. Pasti tak cukup satu. Pasti nak lagi dan lagi.

Jangan tak tahu, kuih ini juga boleh dijadikan jualan ya. Pasti laku keras kerana cara pembuatannya sedikit rumit.Tapi jangan kuatir, bahan – bahannya mudah untuk didapati dan juga murah, membolehkan sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan ini. Di sini kami memberikan resepi langkah demi langkah supaya mudah untuk anda ikuti.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Along Fiza. Jom tengok resepi beliau! Langkah per langkah okay!

Resepi Nona Manis

nona manis

Imej via Facebook

Bahan A (yang TIDAK bermasak)

  • 200g tepung gandum (saya guna cap Ros)
  • 150g gula pasir halus
  • 120g santan kotak
  • 310g air tapis biasa
  • 2 biji telur

Campurkan semua bahan dan diadun sebati. Masuk kan telur akhir sekali, pukul manja sahaja. Sebab tak nak bila dikukus dia naik meruap. Ketepikan bahagian ini.

Bahan B (bahagian bermasak – akan dicampurkan dengan Bahan A, menjadikan adunan hijau)

  • 60g tepung jagung
  • 70g gula pasir halus
  • 120g santan kotak
  • 310g air pandan

Campurkan semua bahan. Masak di atas dapur, kacau sehingga likat dan berkilat tutup api. Adunan ini masukkan ke dalam adunan A tadi, adukkan sebati. Jadikan 1 adunan. Inilah adunan hijau.

Bahan C (adunan putih)

  • 80g tepung gandum
  • 1sdt garam
  • 240g santan kotak
  • 500g air tapis biasa

Campurkan semua bahan. Masakkan diatas dapur, sentiasa dikacau. Supaya tidak berketul. Kacau sehingga ianya sedikit likat. Adunan ini akan dipaipkan ke dalam adunan hijau.

Tips:

  • Beliau menggunakan acuan bersaiz 5.5cm. Dapat dalam 53-55 biji lebih kurang.
  • Sapukan minyak pada acuan spaya ianya tak melekat apabila nak dikeluarkan nanti.
  • Kukus dalam 12 minit. Bergantung kepada pengukus masing-masing.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nona manis, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya .

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.