Hari ini kami bawakan resepi yang teristimewa, sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu sewaktu makan tengahari iaitu nasi ayam penyet.

Nasi Ayam Penyet berasal daripada Indonesia dan apa yang menarik tentangnya adalah sambalnya yang sangat pedas dan unik. Nasi ayam penyet ini juga mempunyai ayam goreng berempah yang amat lazat digabungkan dengan sup yang sangat sedap. Sambal tomat ataupun teras yang terdapat sekali bersama ayam penyet ini juga merupakan keistimewaan nasi ayam penyet ini.

Tak lengkaplah nasi ayam penyet tanpa tempe, tahu dan ulam. Gabungan kesemua ini pasti membangkit selera sesiapa sahaja. Pasti anda semua sudah kecur air liur kan?

Resepi kali ini dibawakan oleh Habibah Badar Bajrai dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

nasi ayam penyet
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong 4 atau 8
  • 1 kiub ayam (Kalau ayam fresh, tak yah letak. Manis ayam tu dah cukup)

Bahan kisar:

    null
  • 2 serai
  • Sedikit lengkuas 
  • 1 biji bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • Sedikit halia
  • Sedikit kunyit

Cara – cara memasak:

  1. Rebus ayam dengan bahan kisar, chicken stock dan garam. Air agak agak sampai ayam tu tenggelam je.
  2. Bila dah masak, tutup api. Keluarkan ayam. Rebus tahu dan tempe pulak. Rebus anggaran 10 minit. Lepas tu, biarkan sekejap, biar rempah mesra dalam tahu tu.
  3. Keluarkan tahu dan tempe. Tapis air rebusan ayam. Tepi kan serdak. Sup tu boleh di makan ngan nasi. Sedappp!
  4. Goreng ayam, tahu dan tempe asing asing. Last, goreng rempah serdak sampai garing.

Resepi Sambal Teras/ Sambal Tomat

Bahan – bahan:

  • 5 batang lada merah
  • 7-9 batang lada padi
  • 1 biji bawang hiris
  • 2 ulas bawang putih hiris
  • 2 biji tomato hiris
  • Sedikit belacan
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Goreng bawang hingga layu, tepikan. Goreng pulak bawang putih. Tepikan. Goreng lada dan belacan. Tepikan.
  2. Kisar semua bahan bahan ni. Pastu goreng tomato hingga layu. Masukkan semua bahan kisar. Letak gula melaka sikit dan garam. Siap!!
  3. Bila nak makan, susun semya bahan dalam pinggan. Pastu taburkan serdak rempah kat ayam.
  4. Boleh makan ulam ngan kacang panjang, timun dan daun selasih.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.