Seronoknya membuat kuih talam jika menjadi. Tidak kisah lah jenis kuih talam apa pun. Kuih talam pandan ke, kuih talam keladi ke, kuih talam sagu ke. Janji kuih talam. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Kuih talam ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang atau pencuci mulut. Cukup menyelerakan tambah-tambah di bulan puasa.
Tapi itulah, nak membuat kuih talam ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih talam nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya.
Resepi daripada Saimah Abdulhadi ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi jika ikut sukatannya. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat luar padahal kuih talam buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.
Bahan A
Bahan B
Bahan C
CARA-CARANYA :
Mudahkan caranya? Rasa boleh buatkan? Selamat mencuba. Nak lagi seronok, proses membuat kuih talam ini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti dengan anak-anak. Mesti anak-anak seronok punya. Hanya sediakan bahan, campur dan kukus.
Oh ya, selain dari resepi Kuih Talam Keladi, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain.