Seronoknya membuat kuih lapis jika menjadi. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Kuih lapis ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang atau pencuci mulut. Cukup menyelerakan tambah-tambah di bulan puasa.
Tapi itulah, nak membuat kuih lapis ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih lapis nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya.
Kebiasaanya yang kita pernah tengok kuih lapis merah putih kan. Resepi daripada Marlia Lia ini menggunakan labu. Jadilah kuih lapis labu. InsyaAllah menjadi jika ikut sukatannya. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat luar padahal buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.
Bahan-bahannya:
Cara penyediaannya:
Tips untuk pastikan kuih tak cepat basi, selepas siap mengukus, bukak penutup kukusan dan biarkan diatas api selama lebih kurang 5-10minit lagi. Biarkan wap air atas kuih mengering.
Oh ya, selain dari resepi Kuih Lapis labu, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain.