Masakan kari nih agak popular dikalangan akyat Malaysia tambah-tambah kaum India. Mereka ini memang tak boleh tinggal kari. Kari ialah sejenis masakan yang menggunakan rempah ratus dalam penyediaannya. Aroma rempah ratus sangat wangi dan boleh membangkitkan selera untuk makan. Lagi-lagi jika tengah lapar di waktu tengah hari, Makan dengan nasi panas, tersangatlah Umph!
Biasanya, kalau kita nak makan roti canai atau capatti atau roti seumpamanya, mesti wajib ada kari ni kan sebab gandingannya sangat sedap. Bukan sebiji je roti, dua ke tiga biji pun sanggup habiskan tanpa fikirkan kolestrol ye dakk??
Tak percaya kari ini antara masakan kegilaan ramai? Buktinya, tengoklah dekat kedai-kedai dan pasaraya, ada jual kari tin tau. Untuk masakan kari, anda boleh cuba untuk pelbagai lauk seperti kari ayam, kari daging, sotong, udang dan lain-lain. Yang paling kaw adalah kari daging sebab apabila dimasak, air daging akan keluar dan memberikan rasa manis semulajadi pada gulai kari tersebut. Jika ditambah dengan ubi kentang, lagilah bertambah sedap kari anda itu.
Jadi, pada hari ini, kami akan paparkan satu resepi kari daging yang telah dikongsikan oleh saudari Siti Fatimah . Anda patut cuba ni tau, boleh lah nanti cicah dengan roti ker atau makan dengan nasi. Selamat mencuba!
Dah siap. Sedia untuk dijamah.