Mencari koleksi resepi ikan kembung yang menarik? Ikan kembung merupakan jenis ikan laut yang disukai orang ramai. Ikan ini miliki rasa manis dan wangi bila digoreng garing. Daging ikan kembung yang warna putih itu boleh tahan tebal dan banyak, makan satu ikan kembung saiz sedang boleh makan untuk dua orang. Selain itu harganya pula berpatutan buat ramai mak suka beli ikan kembung.

Amat senang dapatkan ikan kembung kerana ia dijual di semua kedai-kedai runcit mahupun pasaraya besar. Resepi masak ikan kembung ada bervarian pula. Tidak hanya digoreng garing sahaja, tapi ikan kembung juga boleh buat masak asam pedas, bakar, pais ikan, dan banyak lainnya.

Lebih senang lagi jika kami tuliskan 10 resepi ikan kembung yang sedap dan lazat di bawah ini, resepi mudah dan dapat perkongsian ramai di laman Facebook. Ayuh cubakan masak ikan kembung resepi di bawah.

Serunding Ikan Kembung

Imej via Facebook

Serunding ikan kembung mudah dan murah. Beli ikan 3 kilo RM 10 sahaja. Ambil sekilo cukup buat serunding makan dengan nasi panas-panas sedapnya. Nor Dieana berkongsikan resepi serunding ikan kembung yang lazat di Facebook. Mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan :
  • Ikan kembung 1 kg direbus ambil isi sahaja,
  • Cili kering 20 tangkai*,
  • Bawang besar 1 labu*,
  • Bawang putih 3 biji*,
  • Halia 2 cm*,
  • Lengkuas 2 cm*,
  • Serai 8 batang*,
  • Santan 2½ cawan,
  • Kelapa 1 cawan mesin hancur.
Cara-cara :
  1. Blend semua bahan bertanda *.
  2. Kemudian masukkan semua bahan blend, santan, dan kelapa mesin.
  3. Isi ikan pula diblend sekejap jangan bagi hancur sangat, masukkan sekali semua.
  4. Masukkan garam, gula, serbuk perasa sedikit.
  5. Masak sampai kering.

Ikan Kembung Bakar Golek Terengganu @ Percik Ikan

Imej via Facebook

Menu ini ada yang panggil ikan golek ada yang panggil percik ikan. Anak-anak perantau terengganu mesti rindu masakan terengganu bukan? Kami sertakan resepi daripada Rosziema Ibrahim yang berkongsi di laman Facebook. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :
  • Ikan kembung,
  • 200 ml atau sekotak kecil santan,
  • 1 batang serai (diketuk),
  • 1 keping asam keping,
  • Garam dan gula secukupnya.
Bahan kisar :
  • 10 biji bawang merah,
  • 1 biji bawang besar,
  • 1 cm lengkuas,
  • 10 tangkai cili kering.
Cara-cara :
  1. Kelar ikan dan perapkan seketika dengan garam dan kunyit.
  2. Panggang atau bakar ikan hingga masak dan ketepikan. Gunakan api sederhana.
  3. Masukkan bahan kisar dalam kuali dan tumis sebentar.
  4. Agak-agak mendidih sedikit, masukkan santan, serai, dan asam keping.
  5. Kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Kacau dan biarkan mendidih hingga kuah menjadi agak pekat.
  7. Jika kuah sudah siap, masukkan ikan yang dipanggang tadi ke dalam kuah. Gaul sekata, angkat ikan dan panggang sekali lagi.
  8. Agak-agak jika sudah masak, tutup api dan masakkan sekali lagi dalam kuah.

Pais Ikan Kembung

Imej via Facebook

Resepi pais ikan ini menggunakan 12 ekor ikan kembung yang comel. Kalau anda guna ikan banyak, lebihkan bahan ya. Resepi pais ikan menggunakan bahan agak-agak dikongsikan oleh Nur Suhadah Sanusi di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • *6 ulas bawang merah kecil,
  • *6 ulas bawang putih,
  • *2 inci halia,
  • *2 inci kunyit hidup (boleh pakai serbuk),
  • *5 biji cili padi merah (ikut suka jika ingin pedas boleh tambah lagi),
  • *1 sudu besar asam jawa (saya pakai yang adabi),
  • * Sedikit garam dan perasa,
  • Daun kunyit dimayang halus,
  • Bunga kantan dimayang halus, (tak ada pun tak apa, kalau ada lagi sedap).
Cara-cara :
  1. Bahan bertanda * semua dikisar halus dengan air sedikit sahaja.
  2. Ikan disiang dan dibersihkan.
  3. Sumbat dan perap ikan dalam 1-2 jam, saya balut siap-siap guna daun pisang sebab ingin aroma yang sedap.
  4. Bakar dalam airfryer suhu 180°C selama 10 minit setiap bahagian. Atau bakar dalam magic pan pun boleh. Kukus pun boleh. Tapi bakar lagi sedap.

Percik Ikan Kembung

Imej via Facebook

Ikan kembung percik kelate sedap sungguh, sesuai untuk menu wajib bulan puasa, anak-anak pun lalu makan nasi kalau ada ikan percik, bahan perap pula boleh guna untuk percik ikan atau percik ayam. Rasanya sedap sangat, tak cuba tak tahu. Resepi oleh Suhasnida Ismail di laman Facebook.

Bahan A : Perap Ayam/Ikan
  • 8 ulas bawang putih,
  • 3 batang serai,
  • 1 inci halia,
  • 1 sudu besar cili kering kisar,
  • 2 inci kunyit hidup,
  • Sedikit serbuk perasa/aji,
  • 1 sudu besar garam,
  • ½ sudu meja jintan manis,
  • Secubit belacan (optional),
  • Sedikit air untuk blend.
Bahan B : (Bahan kuah)
  • 8 biji bawang merah size 50 sen,
  • 2 ulas bawang putih,
  • Sehiris halia,
  • 1 sudu besar ketumbar biji (sangai),
  • Secubit belacan,
  • 3 sudu besar cili kering,
  • 900 ml santan pekat,
  • 2 hiris asam limau/asam keping.
Bahan C: (Bahan perasa)
  • 2 tbsp garam bukit,
  • 2 tbsp gula pasir,
  • 2 tbsp gula kabung thai,
  • 1 tsp serbuk perasa/aji.
Cara penyediaan :
  1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam.
  2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak.
  3. Blend bahan B dan masuk dalam periuk.
  4. Masuk santan pekat dan bahan perasa.
  5. Masak sampai mendidih dan pekat.
  6. Seterusnya bakar ikan atau ayam sampai masak.
  7. Salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedap.
  8. Kuah percik ini dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor setengah ayàm size 2 kg.

Ikan Kembung Masak Asam Utara

Imej via Facebook

Ikan kembung masak asam utara menu kegemaran ramai orang utara betul? Yang ingin masak asam utara cara Ana Mariana Ismail di Facebook boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan :
  • * Ikan kembung (ikan lain pun boleh) digaul garam dan kunyit, digoreng separuh garing, ketepikan.
  • * Bawang besar sebiji hiris.
  • * Bawang putih 2@3 ulas hiris.
  • * Halia seinci hiris nipis.
  • * Cili merah dan cili padi.
  • * Air perahan asam jawa secukupnya.
  • * Garam, aji dan sedikit serbuk kunyit.
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak (kalau ingin sedap boleh guna minyak lebihan goreng ikan tadi tapi jangan banyak sangat).
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili merah, dan cili padi sampai naik bau.
  3. Masukkan serbuk kunyit sedikit untuk bagi warna cantik.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa dan masak sampai mendidih.
  5. Seterusnya masukkan garam dan aji secukup rasa. Bila rasa sudah okay masukkan ikan yang sudah digoreng tadi biar sebati dengan kuah sekejap dan boleh tutup api.

Sambal Ikan Kembung Pulut Panggang Terengganu

Imej via Facebook

Seterusnya kita akan masak pulut panggang style Terengganu dengan sambal ikan menggunakan ikan kembung. Ini resepi pulut panggang sedap sangat dikongsikan oleh Suhada Ghads di laman Facebook. Pulut lemak masin sedap sangat digandingkan dengan sambal ikan kembung.

Bahan Sambal Ikan :
  • Ikan kembung 1 kg,
  • Bawang merah 7 biji,
  • Halba,
  • Halia,
  • Santan 2 cawan,
  • Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara :
  • Rebus ikan, asingkan tulang.
  • Bawang merah dan halia dimayang halus.
  • Halba direndam.
  • Ikan ditumbuk untuk hancurkan. Boleh blend terus dengan santan, jangan hancur sangat.
  • Letak sekaligus di atas kuali ikan dan masukkan semua bahan. Masak sampai jadi sambal. Jangan kering sangat. Lembap-lembap saja sambal ikan itu.
Cara menyediakan pulut :
  1. 1 kg beras pulut rendam dalam 2-3 jam,
  2. Santan pekat 1 kg,
  3. Garam dan gula.
Cara-cara :
  1. Mula-mula kukus beras pulut 20-30 min.
  2. Seterusnya bancuh santan dengan garam dan gula. Gula jangan banyak sangat.
  3. Masukkan beras pulut dalam santan yang sudah dibancuh.
  4. Kukus lagi 30 min.
Cara bungkus :
  1. Ada petua untuk guna kapur supaya pulut tidak melekat di tangan.
  2. Boleh guna minyak sapu-sapu sedikit pada daun pisang yang sudah dilayur.
  3. Jika sudah siap, bakar dan sedia untuk dimakan.

Ikan Kembung Celup Tepung

Imej via Facebook

Teringin buat ikan celup tepung versi sendiri tapi macam kedai? Kalau anda teringin makan tidak perlu susah-susah cari resepi. Kami kongsikan resepi yang confirm jadi dan rangup semestinya. Resepi dikongsikan oleh Aze Jijie di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Ikan kembung segar,
  • 1 cawan tepung beras,
  • 1 sudu besar tepung jagung,
  • 1 biji telur gred A atau B,
  • 1 sudu kecil air kapur,
  • 1 sudu kecil garam,
  • Sedikit pewarna kuning,
  • ¾ cawan air sejuk.
Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali ikan dan gaul sehingga tidak berketul.
  2. Kemudian panaskan minyak.
  3. Jika sudah panas, gaul ikan dalam tepung tadi kemudian goreng macam biasa sampai masak.
  4. **Renjiskan adunan tepung sekali dengan ikan dalam kuali. Pakai tangan sahaja untuk dapatkan hasil serdak keriuk-keriuk itu.

Asam Pedas Ikan Kembung

Imej via Facebook

Asam pedas sedap letak asam keping atau asam jawa? Kalau tanya Shuhaidah Ibrahim, mesti lah lebih sedap letak asam jawa. Jom cubakan resepi mudah asam pedas ikan kembung yang dikongsikan di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 6 ekor ikan kembung (disiang/basuh bersih),
  • 2 biji bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 2 cm halia,
  • 1 mangkuk cili kering kisar (boleh letak lebih),
  • Sedikit belacan,
    (bawang besar, bawang putih, halia, belacan diblend sekali),
  • 2 batang serai dititik,
  • Daun kesum,
  • Bunga kantan,
  • Bendi,
  • Air asam jawa secukupnya,
  • Garam,
  • Gula,
  • Minyak untuk menumis.
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kering, tumis hingga garing dan pecah minyak. (Masa ini cili akan merecik. Maka, berhati-hati dan tutup dengan tudung periuk sekejap).
  3. Jika sudah garing, masukkan air asam jawa. Renihkan sekejap.
  4. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  5. Masukkan pula ikan dan masukkan air sedikit. Kacau-kacau sedikit.
  6. Asam jawa bergantung kesukaan anda jika ingin kuah pekat atau cair, kalau cair sangat tidak sedap, masam boleh diagak-agak jangan sampai masam sangat.
  7. Masukkan bendi, perasakan dengan garam dan gula. Biar dia mendidih. Tutup api.

Ikan Kembung Goreng Asam Jawa

Imej via Facebook

Masakan asam memang mampu membangkitkan selera makan. Hijrah berkongsi resepi ikan kembung goreng asam jawa yang simple tapi menjadi pembuka selera di laman Facebook. Jika ada lauk ini, lauk lain tidak pandang sudah. Walaupun simple cara menyediakan nya tapi sangat menambat selera ramai dan rasa ketagih ingin makan selalu.

Bahan-bahan :
  • Beberapa ekor ikan kembung atau selar,
  • Asam jawa 2 sudu makan,
  • Cili padi merah,
  • 2 biji bawang besar,
  • 4 biji limau kasturi,
  • Kicap manis/lemak secukupnya,
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya.
Cara-cara :
  1. Ikan kembung diperap dengan asam jawa sekurang-kurangnya 20 minit. Lagi lama perap lagi sedap .
  2. Kemudian goreng ikan dengan api perlahan sehingga masak dan jangan garing sangat, ikan akan kelihatan hitam sedikit bila telah digaul dengan asam jawa tersebut.
  3. Seterusnya angkat dari kuali dan toskan minyak, terus taburkan cili api dan bawang yang telah dihiris, kemudian bubuh kicap serta sedikit minyak yang masih panas-panas, perahkan asam limau, siap. Sedia dihidangkan.

Ikan Kembung Air Asam Merecik Pedas

Imej via Facebook

Masak ikan kembung paling simple namun sedap dan menyelerakan terakhir ialah ikan kembung air asam. Ini bukan air asam biasa. Rasa pedas dan asam air ini amat merangsang. Kami kongsikan resepi oleh Azlina Hamid di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Ikan kembung dilumur dengan sedikit garam kemudian kukus sampai masak.
Bahan air asam :
  • Asam jawa,
  • Air masak,
  • Bawang besar potong dadu,
  • Tomato potong dadu,
  • Cili api hiris kecil-kecil,
  • Garam,
    (Ada yang suka letak belacan)
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Gaul-gaul. Kuah jangan cair sangat. Pekat-pekat sedikit baru sedap.
  2. Kemudian ikan yang sudah siap kukus tadi kita curahkan air asam ini. Siap.

Resepi Menarik Lain

Resepi ikan kembung di atas menyelerakan bukan? Kami ada resepi lain yang tidak kalah menarik dan anda mesti cuba. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.