Hokkaido cheese tart ini sangat popular di seluruh Asia. Cheese tart ini berasal dari Sapporro Jepun. Hokkaido cheese tart juga semakin dikenali di Malaysia. Bagi penggemar makanan manis pasti tak akan lupa untuk singgah membeli cheese tart ini.

Kombinasi kerak tart yang rangup dan lembut serta filling yang dipenuhi dengan rasa keju lemak cukup dilihat sempurna. Memang patut Hokkaido cheese tart ini mempunyai peminatnya tersendiri.

Hokkaido cheese tart ini juga boleh dimakan ketika ia panas atau sejuk. Mana-mana pun boleh, masih mengekalkan rasa yang sama. Mempunyai kombinasi rasa yang sangat sesuai dan seimbang rasa manis dan masin.

Kalau selalu beli boleh kering juga poket, jom lah kami bantu anda buat Hokkaido cheese tart ini yang mempunyai rasa lebih kurang dengan resepi original yang dikongsikan oleh Danita Daniels.

Resepi Hokkaido Cheese Tart

Imej via : Facebook

Bahan-bahan

Bahan A (tart pastry)

  • 100g tepung gandum
  • 20gm icing sugar
  • 50g salted butter, potong cube dari peti sejuk
  • 1biji kuning telur

1/2 tsp susu segar Ducth Lady atau any brands *** kena adjust tambah atau kurang )***

Bahan B (cheese custard)

  • 150g cream cheese
  • 50g mascarpone cheese
  • 20g parmesan cheese
  • 30g salted butter
  • 100g susu segar
  • 30g icing sugar atau gula halus pun boleh
  • 8-12g tepung jagung,atau ikut kepekatan sendiri (kena adjust sendiri ikut kepekatan sendiri)
  • 1 biji telur
  • 1tbsp lemon juice
  • 1/4 tsp esen vanilla
  • 2 atau 3 sudu air
  • Secubit garam (optional)
  • 1 biji kuning telur untuk disapu pada cheese custard

Cara penyediaannya

  1. Ayak tepung dan gula icing.
  2. Masukkan butter sejuk yang dipotong cube.
  3. Gunakan jari ramas buter dengan tepung supaya sebati.
  4. Bila dah menjadi seperti serbuk masukkan telur kedalam adunan.sebatikan.
  5. Masukan susu gaulkan sebati doh akan sedikit lembik teruskan gaul sampai menjadi doh kalau doh masih sedikit keras boleh tambahkan sedikit lagi susu sampai mendapat doh.
  6. Ambil plastik atau cling wrap bungkuskan doh dan rehatkan selama 1 jam didalam peti sejuk.

Cheese custard

  1. Masukkan cream cheese + mascarpone cheese + parmesan cheese + salted butter + susu segar menggunakan kaedah bain marie dan sentiasa kacau adunan supaya cepat cair.
  2. Apabila adunan dah cair.ayakkan tepung jagung + gula icing sedikit air sahaja dalam 2 atau 3 sudu dankacau rata dan masukkan kedalam adunan cheese dan sentiasa kacau sampai tiada ketulan masak sampai adunan sedikit pekat, padamkan api dan angkat dari dapur.
  3. Masukkan telur yang dipukul ringan, esen vanilla dan lemon juice mix well again. Sampai pekat and lastly masukkan secubit garam dan sebatikan tak perlu panaskasn atas dapur lagi.
  4. Jika adunan cheese ada ketulan boleh ditapis supaya mendapat cheese custard yang licin dan sejukkan masukkan kedalam piping bag.
  5. Keluarkan doh pastry dari peti sejuk sapukan sedikit tepung pada papan dan roliing pin dan canaikan doh anggaran dlm 3-4mm atau ikut suka lah nak tebal mana pun.
  6. Dan potong ikut saiz acuan tart.
  7. Guna garpu / fork tekan pada doh buat lubang.
  8. Bakar pada suhu 180c selama 15 minit.
  9. Keluarkan dan sejukkan. Sebelum digunakan saya sediakan 3 hari awal simpan dalam bekas kedap udara supaya tak masuk angin dan bungkuskan lagi dengan plastik.
  10. Bila dah sejuk paipkan cheese custard pada doh tart tadi.
  11. Sapukan kuning telur pada cheese custard .
  12. Bakar pada suhu 200c selama 10 ke 15 minit ikut oven masing-masing.
  13. Keluarkan tart dan sejukkan.

******** SEDAP DIMAKAN SEMASA SUAM ATAU PANAS

Resepi Menarik Lain

Sebenarnya banyak lagi resepi menarik yang kami dah sediakan untuk anda jadikan sebagai tempat rujukan. Terima kasih kerana menjadikan laman web kami sebagai carian resepi and dan please share dan like!

Penulis: Faten Asnida

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.