Donut merupakan antara salah satu kuih yang popular di Malaysia. Donut juga kebiasaanya kita boleh lihat orang menjual dari pagi sampai malam. Pelbagai resepi donut gebu yang ada sekarang telah diolah mengikut kreativiti masing-masing.

Tapi tak ramai yang tahu nak dapatkan kegebuan donut. Ada yang dapat bila digoreng donut menjadi keras dan berminyak. Sebenarnya ada beberapa teknik yang betul untuk mendapatkan tesktur donut yang gebu ini.

Untuk yang pertama kali mencuba memang akan susah tapi jika anda tak pernah kenal erti putus asa pasti anda boleh buat donut gebu ini. Perkongsian resepi donut gebu dari Ina Azrina ini patut anda cuba dan ikuti langkah yang beliau tunjukkan.

Resepi Donut Gebu

Imej via : Facebook

Bahan-bahan

Bahan A

  • Tepung gandum cap rose 5 cawan

Bahan B

  • Air (suhu biasa) 1 ¹/2 cawan
  • Mauripan 1peket
  • Telur 1biji
  • Susu pekat 5 sudu besar
  • Marjerin (planta) 4 sudu besar
  • Gula 2 sudu besar

Cara penyediaannya

  1. Campur air & mauripan rendam dalam besen dan barkan selama 10minit.
  2. Selepas itu campur semua bahan B dalam besen yang dah mauripan tadi sebati kan semua bahan ramas lembut sahaja dan biarkan 20min sampai mauripan kembang.
  3. Selepas itu masukkan tepung 5 cawan sedikit demi sedikit, uli sampai doh betul-betul lembut, kalau doh melekat kat tangan boleh tambah tepung sikit, sikit je jangan banyak dan uli lagi sampai doh tidak melekat & licin.
  4. Biarkan doh naik lebih kurang 15min picit angin yang ada dalam doh sekejap & doh naik kali kedua.
  5. Bila doh dah naik boleh lah bulat-bukat nak tekap boleh, nak bulat-bulat kan guna tangan pun boleh.
  6. Biarkan doh yang dah ditekap naik kembang macamana nak tau dah naik ke belum senang je try angkat bila doh tu rasa ringan maksudnya dah kembang dh boleh digoreng.
  7. Panaskan minyak.goreng dengan api sederhana jangan kecik sangat nanti makan minyak jangan besar sangat nanti hangus.

Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Bukan ini sahaja resepi yang kami kongsikan dengan anda, pelbagai lagi resepi menarik dan mudah untuk anda cuba sendiri. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami dan menjadikan tempat rujukan idea masakan anda. Jangan lupa share dan like ya!

Penulis: Faten Asnida

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.