Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan resepi dessert kastard buah yang paling mudah, sedap dan yang paling penting menyegarkan. Bahan yang digunakan juga lebih mudah untuk didapati dan juga berkhasiat. Walaupun menggunakan bahan yang murah dan biasa, rasa dessert kastard buah boleh buat teringin-ingin. Nak lagi, nak lagi dan nak lagi. Tambah-tambah kalau dessert ini disejukkan sedikit.

Apa-apa pun, kalau nak resepi Dessert Kastard Buah-Buahan yang senang dan mudah ini, bolehlah lihat resepinya di bawah. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Lyanti Net Saadun di laman Facebook. Resepi ini mendapat tanda gemar yang tinggi tau. Bukan biasa-biasa.

Resepi Dessert Kastard Buah-Buahan Segar

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 1 tin – susu cair (Dairy Champ @ Marigold)
  • 2 tin – Air (Sukat guna tin susu cair)
  • 3 sudu besar – tepung kastard (bancuh dengan air masak/tapisan, sukat guna tin susu cair juga – 1 tin )
  • 1 cawan – gula pasir
  • 1 cawan – susu pekat 
  • Secubit – garam halus..
  • 2 penutup essen vanilla
  • 1 penutup pewarna kuning
Imej via facebook
  • 1 tin – buah-buahan campuran 
  • (fruit cocktail – Jangan ambil air nya )
  • Pelbagai buah-buahan yg segar
  • Buah Laici Tin
  • Nata De Coco

Cara-cara Penyediaannya :

  1. Campurkan susu cair, air ,susu pekat,gula pasir,secubit garam,pewarna kuning,essen vanilla dan kacau hingga mendidih.
  2. Apabila dah mendidih masukkan bancuhan tepung kastard yang di bancuh guna air masak/tapisan tadi dan matikan api.
  3. Kacau perlahan-lahan sehingga kelihatan pekat guna hand whisk (memudahkan) supaya kastard tidak melekat pada dasar periuk.
  4. Apabila sebati,biar kan kuah kastard sejuk.
  5. Apabila dah betul-betul sejuk, tuangkan kuah kastard td di dalam bekas yang berisi buah2 segar seperti strawberry,epal merah,laici,anggur,dan lain2.
  6. Untuk hiasan boleh tabur biji selasih dan kismis campuran.
  7. Nak lagi sedapp bole masukkan ketulan ais atau sejukkan dessert di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Dah siap. Mudah kan? Rasa tak sabar nak buat? Bolehlah cepat-cepat cari bahan-bahannya. Dessert ini sesuai juga kalau nak dijamu buat tetamu-tetamu yang datang. Selain dari resepi Dessert Kastard Buah ini, terdapat juga resepi menarik yang lain yang turut dikongsikan di laman ini. Selamat mencuba.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.