Enak tak rasa dadih nih? Rasanya yang lemak berkrim, ditambah tekstur nya yang lembut dengan pelbagai rasa mampu membuatkan si pemakan terasa indahnya dunia. Tambah-tambah jika makan ketika ianya sejuk. Lagilah terasa keenakkannya. Tak boleh nak berhenti tau. Itu orang dewasa, kanak-kanak apatah lagi kan? Lagilah nak lagi dan lagi.

Sekarang nih banyak serbuk-serbuk dadih yang pelbagai perisa dan jenis di pasaran. Terlalu banyak pilihan. Tapi kalau ada mak-mak yang nak mencuba resepi dadih tanpa serbuk , boleh lah gantikan dengan agar-agar tali. Bolehlah buat dalam kuantiti yang banyak. Cara ini adalah lebih mudah, jimat dan sedap. Serious tak menyesal.

Sesiapa pun boleh cuba membuat Dadih versi agar-agar ini. Jadi, jom cuba membuatnya menggunakan resepi dari Niswah Hasina. Walaupun untuk ‘first timer’. Jangan risau! Resepinya sangat mudah. Tak ‘complicated’ pun. Hanya campur-campur, kacau dan tunggu sejuk dan keras sedikit. Dah siap. Apa lagi. Jom tengok resepinya.

Resepi Dadih

Resepi Dadih
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 1 liter susu kotak.
  • Agar2 tali yg rm2 yang beratnya 20g. Ambil 1/3.
  • Gula ikut suka tahap kemanisan
  • Garam secubit.
  • Air lebih kurang 1 liter.

Cara- caranya:

  1. Isikan agar-agar tali dan air di dalam periuk.
  2. Hidupkan api dan larutkan agar-agar sehingga ianya habis terlarut di dalam air.
  3. Masukkan susu, gula dan garam dan kacau seketika.
  4. Jangan sampai mendidih. Hanya sehingga naik wap panas. Takut susu tak cantik nanti.
  5. Sejukkan sedikit larutan tersebut.
  6. Kemudian tapiskan larutan tersebut semasa menuang ke dalam bekas.
  7. Bolehlah tunggu sehingga mengeras sedikit.
  8. Kemudian, masukkan dalam peti dan sudah boleh makan.

Yeayyyy. Dah siap dadih homemade nya. Mudah dan cepatkan?Tak payah kalut-kalut nak pergi cari barang. Kalau nak tukar perisa pun boleh. Hanya gantikan susu dengan perisa yang dikehendaki. Seronok kan?

Selain daripada resepi Dadih ini, terdapat juga resepi sedap dan mudah yang lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.