Di Malaysia, masyarakat suka makan tauhu telur. Terutama sup tauhu telur, tauhu telur goreng bersama sayur atau tauhu telur goreng begitu sahaja. Tauhu telur boleh dimasak dengan pelbagai jenis lauk.

Tauhu adalah makanan yang berasal dari negara China. Makanan ini juga dikenali dengan pelbagai nama di Asia. Malah, ada yang menyebutnya tofu, orang Indonesia, Malaysia dan Thailand lebih suka menyebut tauhu. Ia juga mudah untuk dijumpa di mana-mana kedai.

Tauhu telur mempunyai banyak khasiat kerana ia berasal dari air soya. Soya bagus untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mulus. Jadi, jika mahu dapat kulit yang cantik, boleh amalkan minum air soya.

Berbalik kepada tauhu telur, tahukah anda kita boleh membuat tauhu telur sendiri di rumah dengan menggunakan 3 bahan sahaja. Ia juga mudah dan tidak remeh.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai resepi membuat tauhu telur sendiri di rumah dengan menggunakan 3 bahan sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Nooramin Munirah. Puan Nooramin berkongsikan resepi ini di lam facebook ‘Masak apa hari ini’.

Resepi Tauhu Telur

Bahan-bahannya :

resepi tauhu telur
Imej via Facebook

💓 5 biji telur

💓 2 sudu tepung jagung

💓 air soya 150 ml

Cara-cara membuatnya :

  • Campur semua bahan
  • kisar secara perlahan
  • Tapis & masukn dlm acuan utk di kukus.
resepi tauhu telur
Imej via Facebook
  • Kukus selama 25 minit.
resepi tauhu telur
Imej via Facebook
  • Sejukan sebentar. Keluarkan dari acuan setelah disejukan.

*Mudah, bukan resepi yang dikongsikan oleh puan Nooramin. Tauhu telur boleh dibuat sendiri di rumah dan semestinya dijamin selamat untuk makan kerana kita tahu apa kandungan bahannya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.