Jom cuba resepi brownies nutella ini.
Ramai kaum wanita merasa tercabar jika disuruh membuat brownies. Banyak yang membayangkan bahawa membuat brownies adalah sukar. Menyukat bahan-bahan, membuat adunan sampai memanggang brownies bukan perkara mudah.
Namun, khas untuk anda-anda pengunjung yang dikasihi. Kami menghadirkan untuk anda resepi brownies yang paling senang diabad ini. Senang sebab cuma menggunakan tiga bahan sahaja. Selain senang, sedap pula! Confirm siapa yang mencuba akan suka.
Tiga bahan yang digunakan ialah Nutella, telur dan tepung. Supaya tampak comel boleh letakkan dalam cup kecil dan dihias dengan topping nutella bagi nampak menarik. Anak-anak mesti lagi tertarik untuk makan. Adunan ini dapat 18-20 cups kecil. Kalau mahu banyak gandakan resepi.
Tanpa membuang masa, sila tengok resepi yang telah kami tuliskan di bawah ini. Resepi yang telah mendapat perkongsian seramai 7K. Dikongsikan oleh Zett Rossy di Facebook. Jika ada masa sambil-sambil boleh cuba buat resepi brownies mudah menggunakan tiga bahan ini. Semudah sekedip mata.
1. Kacau Nutella dan telur hingga sebati. Pakai garpu pun boleh. Bukan nak kena gebu pun adunan tu.
2. Jika sudah sebati, masukkan tepung. Sebatikan tak perlu pakai baking powder.
3. Sudukan dalam cups atau jika mahu terus tuang ke loyang pun ok.
4. Bakar 160℃ selama 15-20 min ikut oven masing-masing. Tengok dia naik membukit. Tak perlu letak baking powder pun.
5. Kalau sudah siap, tunggu sejuk sebelum dihias topping. Kasih hias topping nutella bagi nampak lagi menarik. Ready untuk dihidang.
Selain resepi brownies nutella, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.