Pernah makan Ayam Penyet? Sedap sangat kan? Terutamanya sambal penyet tuh kan? Menu ini adalah salah satu makanan tradisi popular masyarakat Jawa di Timur Indonesia dan kini, makanan ini semakin menular di kalangan rakyat Malaysia.

Jom cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh Syima Sani. 

Resepi Ayam Penyet

ayam penyet

Imej via Google Image

Rebusan Ayam

Bahan-bahan untuk rebusan ayam :

  • 1 ekor ayam fresh yg besar (potong dan cuci bersih toskan) ketepikan
  • Daun Salam / Bay leaf
  • Serai titik
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk pati ayam ( jika suka )
  • Kisar halus .
  • Bawang merah, halia sedikit , kunyit hidup ,lengkuas.

Cara-cara penyediaannya :

  1. Panaskan minyak masukkan serai titik , daun salam serta bahan-bahan kisar tumis hingga naik baunya.
  2. Setelah itu masukkan ayam dan masukkan air sehingga ayam tenggelam biar sehingga ayam masak.
  3. Bila ayam dah masak angkat,toskan dan celup ke dalam bancuhan tepung dan goreng garing. Lepas tu ambil anak lesung lenyek-lenyek kan ayam.

Tepung Goreng

Bahan-bahan tepung untuk goreng ayam,tempeh dan tauhu:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 1 sudu kecil jintan manis tumbuk
  • 1 sudu kecil jintan putih tumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Lada hitam hancur sedikit
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk pati ayam (jika suka)

Cara-cara penyediaannya :

  1. Di dalam mangkuk besar satukan bahan-bahan kacau sebati agak-agak bancuhan nampak pekat.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata biar resap. Baki tepung boleh lah digunakan untuk tauhu dan tempe.

Sambal Penyet 

Bahan-bahan untuk sambal penyet :

  • Lada merah & hijau
  • Cili padi merah & hijau ( ikut kepedasan masing-masing )
  • Bawang merah kecil
  • Tomato belah 4
  • Belacan

Cara-cara penyediaannya :

  1. Kesemua bahan-bahan di atas di goreng terlebih dahulu dengan minyak sehingga layu dan naik baunya lepas tu masuk ke dalam mesin kisar, tambah air sedikit dan kisar kasar bersama ikan bilis goreng yang digoreng terlebih dahulu.
  1. Tambah sedikit minyak ke dalam kuali dan masukkan bahan-bahan kisar tumis hingga garing dan naik minyak
  2. Perasakan garam gula melaka atau gula tanjung sedikit demi sedikit perahan jus limau kasturi. Kacau rata-rata dan biar seketika sehingga terbit minyaknya .

 

Sup Ayam

Bahan untuk Sup Ayam :

  • 3-4 ulas bawang putih (Kisar halus)
  • Sedikit biji lada sulah (Kisar halus)

 

Cara-cara penyediaannya :

  • Panaskan minyak tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  • Setelah itu masukkan air secukupnya (kalau nak letak kaki ayam ke,  isi ayam pun boleh rasa sedap).
  • Perasakan garam dan kiub ayam jika suka biar mendidih.
  • Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng. Dah pun selesai memasak.

 

Siap dihidangkan bersama nasi putih atau nasi ayam, salad, timun, tahu dan tempeh. Selamat mencuba ya! Resepi menarik yang lain.

 

 

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.