Menu masakan ala thai sering menjadi pilihan rakyat Malaysia. Antara menu yang sering dipesan di kedai makan ala Thai adalah Tom Yam Putih, Telur Dadar, Goreng Kunyit dan Daging Masak Merah. Jadi untuk kali ini, kami kongsikan resepi Ayam Masak Thai yang dikongsikan oleh Darwisyhah Norizan yang menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dan cara penyediaannya pun ringkas dan senang.

Jadi, bagi sesiapa yang dah bosan makan diluar dan hilang idea nak masak apa untuk seisi keluarga bolehlah cuba masakkan daging masak merah ini. Menu ini sangat lah sesuai dan bertepatan dengan isteri yang bekerjaya tetapi masih mahu masak untuk keluarga. Masakan dari air tangan seorang isteri atau ibu gitu. Sebabnya masakan ini sangat simple, mudah dan jimat masa. Apa lagi, jom tengok resepinya. Tapi sebelum itu, ayam perlu digoreng terlebih dahulu ya.

Resepi Ayam Thai

ayam masak thai

Imej via Facebook

Bahan tumbuk :

  • bawang merah 5 biji
  • bawang putih 3 ulas
  • sedikit kunyit hidup
  • cili padi (ikut nak pedas mana)

Bahan lain :

  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos tomato
  • 3 btg Serai diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam,gula

Cara-cara  penyediaannya :

  1. Tumiskan bahan tumbuk dengan serai sampai garing
  2. Masukkan sedikit air dan masukkan sos tiram, sos tomato dan daun limau
  3. Masak sampai bawang betul-betul masak dan pekat, tambah perasa dan bawang holland yang dipotong nipis

Selain resepi Resepi Ayam Masak Thai ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.