Masakan berbahan asas ayam memang selalu digemari. Hampir seluruh masyarakat malaysia sangat menyukai ayam dan menjadikannya makanan harian.  Daging ayam yang wangi dan lembut serta perpaduan rempah-rempah dalam masakan sangat membangkitkan selera. Tapi buntu dah nak masak apa dengan ayam ini. Asyik-asyik masakan yang sama jer. Apa kata jom cuba resepi ayam masak rose. Rasanya masam-masam manis pasti sedap.

Resepi penuh yang dikongsi oleh PinkCess Muhsin  ini sangat mudah dan senang untuk diikuti dan difahami. Jom tengok resepinya. Pasti tak menyesal.

Resepi Ayam Masak Rose

ayam masak rose

Imej via Facebook

Bahan-bahan untuk di rebus dan akan di kisar:

  • 10 biji Cili Merah (Cabai HiDup) *Buang Biji*
  • 5 biji tomato belah 4.
  • 3 biji Bawang Besar Belah 4
  • 7 ulas Bawang Putih
  • 2 Batang Serai Belah 2
  • 2 cm Halia
  • 3 Biji Buah keras
  • 1 batang Carrot di potong-potong
  • 20 biji cabai kering, basuh dulu. Xmau pedas boleh kurangkan. (boleh guna Cili Boh)

Rebus semua sekali, dalam 15minit. Kemudian tunggu sejuk sikit blend. Guna air rebusan tadi untuk kisar.

Bahan- bahan lain:

  • 1 senduk Minyak Masak.
  • 3 Sekawan situs togel online
  • Daun bawang yang dipotong
  • Hirisan gegelang bawang besar
  • 1 tin Tomato Soup
  • 1 tin kecil Tomato Puree
  • 1 tin susu cair / fresh milk
  • Garam, gula, perasa
  • 3 helain daun pandai

Cara memasaknya:

  1. Tumiskan 3 sekawan bersama-sama daun bawang.
  2. Agak-agak dah naik bau, masukkan bahan kisar.
  3. Kacau hingga sebati dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan 1 tin Tomato Soup, 1 tin kecil Tomato Puree.
  5. Kacau hingga sebati dan masak sehingga pecah minyak sekali lagi.
  6. Masukkan bawang yang dihiris gelang, daun pandan dan1 tin Susu Cair atau Fresh Milk.
  7. Biarkan sehingga mendidih.
  8. Jangan lupa masukkan garam, gula dan perasa ikut selera masing-masing.
  9. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng separa tadi.

Tadaaa.. Dah siap. Takde lah susah sangat kan? Yang penting terbayang pun dah nampak sedap kan. Selamat mencuba !

Buat encik-encik suami yang teringin untuk cuba masakkan untuk isteri dan keluarga tercinta pun boleh cuba resepi ini. Sekali sekala bolehlah tunjuk skill. Selain dari resepi ayam rose ini, terdapat juga resepi menarik yang lain. Semoga bermanfaat.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.