Sebut pasal laksa. Lain tempat, lain orang, lain panggilannya, lain caranya. Ada laksa kedah, laksa lemak, laksa kelantan, laksa sarawak, laksa penang, asam laksa,laksa johor dan sebagainya. Yang pasti kesemua jenis laksa-laksa ini menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Tetapi nak jumpa yang betul-betul puas hati dan kena selera nih sukar lah sikit. Jadi nak tak nak kenalah cuba buat sendiri.

Marilah tengok resepi asam laksa dari Ben Safwan yang mendapat perkongsian ramai. Caranya pun mudah dan senang untuk dilakukan. Lepas nih bolehlah makan laksa nih kat rumah jer, ataupun bolehlah dijadikan menu untuk tetamu yang akan datang. Jom layan resepinya.

Resepi Asam Laksa

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 3 liter air
  • 1 kilogram ikan sardin/kembung/selayang
  • 1 tin sardin Ayam Brand ( 425 gram )-kuah x ambil.
  • 5 senduk cili kisar
  • 3 sudu makan asam jawa
  • 8 keping asam keping gred elok ( jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping )
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 batang bunga kantan
  • 2 tangkai daun pudina
  • Gula melaka/gula merah hancur secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa

P/s : Boleh masukkan petis udang 2 botol kecil kalau mahu.

Bahan Kisar :

  • 100 gram bawang merah besar India
  • 25 gram belacan
  • 13 tangkai cili padi hijau
  • 1 batang serai saiz sederhana
  • 300 gram nanas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas

Ulam Asam Laksa Cina :

  • Daun salad
  • Bawang merah besar India
  • Asam limau kasturi
  • Telur rebus
  • Timun
  • Cili Padi
  • Daun Pudina

Cara Buat Resepi Asam Laksa :

  1. Rebus ikan. Boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap. Kisar bahan kisar dan hiris ulam-ulaman. Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan. Bila ikan rebus dah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan. Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
  2. Dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar,isi ikan kisar,air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar,cili kisar,asam keping,air asam jawa,belahan bunga kantan,daun kesum,daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat.Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.
  3. Tambah gula Melaka hancur ,garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam,pedas kuah. Separuh isi ikan sardin Ayam Brand yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah.Separuh lagi untuk dihidangkan bersama asam laksa cina nanti.
  4. Bila dah tutup api, terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam .Keluarkan semua.Boleh la hidang dengan laksa beras atau laksa yang dah siap.

Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.