Di antara semua bahagian tubuh badan manusia, kaki adalah anggota yang sering mengalami tekanan dan keletihan paling kerap. Hal ini kerana di tapak kaki mempunyai banyak hujung-hujung saraf yang bertindak kepada aliran darah di badan. Teori perubatan dari timur mencadangkan solusi terbaik dengan rendam kaki dalam ais bagi mengurangkan rasa sakit dan bengkak.

Apa itu rawatan terapi sejuk?

Dua jenis rawatan yang selalu kita dengar dalam konteks fisioterapi adalah terapi panas (hot pack) dan terapi sejuk (cold pack). Antara contoh terapi panas adalah seperti ultrasound dan Infarered. Manakala terapi sejuk pula seperti rendam kaki dalam ais, ice massage, mandi ais, dan sebagainya.

Rawatan ais adalah sejenis rawatan yang bersifat terapeutik yang membolehkan suhu turun dalam tisu. Justeri itu, rawatan ini berupaya dalam mengurangkan proses inflamasi, bengkak, mengurangkan pengaliran darah akibat luka dan ketegangan tisu.

 Kesan patofisiologi rawatan ais dan haba

RawatanAisPanas
Kekejangan
Pengaliran Darah
Inflamasi
Bengkak
Kelenturan
Sakit

Mengatasi masalah sukar tidur

Mandi air sejuk atau rendam kaki dalam ais dapat meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik. Ini semua dari kombinasi pemulihan badan yang dapat berehat dengan tenang dan penurunan suhu badan seseorang agar tubuh menjadi lebih selesa.

Elak gangguan makhluk halus

Petua zaman dulu ada mengatakan bahawa rendam kaki dengan air yang dicampur dengn sedikit ais batu mampu mengelakkan dari gangguan jin. Menurut perubatan Islam, sekiranya seseorang itu mengalami gangguan jin yang kronik mereka pasti berasa sakit seperti menyucuk-nyucuk pada kaki yang direndam itu.

Antara tanda lain, tubuh diserang dengan gangguan jin adalah seperti:

  • Berasa pijar pada kaki bila mana rendam kaki dalam ais
  • Lenguh dan kebas pada kaki
  • Sekit mencucuk di kaki

Ada juga yang mengatakan campuran air rendaman kaki tersebut lebih mujarab apabila dicampur sekali dengan daun bidara, limau nipis, garam bukit dan air berais. Bacakan sekali surah Al-Fatihah (7 kali), surah Al-Ikhlas (7 kali), dan selawat (7 kali) sebelum rendam kaki dalam ais.

Mengubati rasa sakit badan

Sakit badan perkara biasa yang berlaku pada semua peringkat umur. Ia tidak berbahaya dan ketegangan otot sering menjadi punca masalah ini berlaku.

Rendaman kaki dalam ais boleh digunakan sebagai alternatif untuk mengembalikan kesegaran badan. Pendedahan air sejuk memberi tindak balas kesakitan automatik yang disebut analgesia disebabkan tekanan (SIA).

SIA adalah tindak balas kesakitan yang berkurang semasa atau selepas terdedah kepada rangsangan tekanan, seperti rendaman air sejuk. Ia berupaya untuk memberi rasa rileks pada otot badan yang tegang.

Buang angin dalam badan

Masalah angin dalam badan biasanya bertitik tolak dari aspek pemakanan harian dan sistem penghadaman seseorang. Menurut Dr Zubaidi Ahmad, masalah angin kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari.

Rendam kaki dalam ais sedikti sebanyak dapat membuang angin dan toksik dalam badan. Teknik ini biasa juga kita lihat di pusat-pusat refleksologi atau spa.

Cara untuk rendam kaki dalam ais

Berikut adalah panduan yang boleh anda semak untuk melakukan proses rendam kaki dalam ais:

Bahan-bahannya:

  • Baldi atau bekas besar yang muat saiz kaki
  • Air paip
  • 20-30 ketul ais

Cara-caranya:

  1. Isi baldi atau bekas besar dengan air paip dan ketulan ais.
  2. Tunggu sebentar sehingga suhu air dalam baldi sebati dengan rasa sejuk.
  3. Masukkan kaki ke dalam air. Pastikan kaki direndam sehingga kena pada paras atas buku lali atau betis.
  4. Rendam kaki selama 15 saat atau lebih, bergantung sehingga anda rasakan kelegaan pada kaki.
  5. Ulang masukkan kaki semula sehingga ais menjadi cair.
  6. Proses ini boleh dilakukan 2 kali seminggu untuk kesan yang maksima.

Rendam kaki dalam air berais atau mandi air panas, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang banyak untuk kesihatan tubuh badan kita. Namun dinasihatkan, seseorang harus mengelakkan diri dari mandi air yang sangat sejuk atau terlalu panas, kerana ia boleh membahayakan kesihatan.

Selain dari artikel berkenaan dengan manfaat rendam kaki dalam ais, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan kesihatan seperti:

Rujukan:

  1. Soak Your Feet In Cold Water For This Amazing Benefits. Natual Cures
  2. Cold or Warm Therapy: What’s Better For Your Feet? Feet First Clinic
  3. The Benefits of Ice Baths For Your Feet. The Ice Bath
  4. Elak Gangguan Jin, Bagus Rupanya Terapi Rendam Kaki Dalam Ais. Diva

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.