Apakah itu nebuliser? Nebuliser adalah satu alat yang boleh menukarkan ubat cecair kepada kabus halus yang disedut melalui hidung ke saluran paru-paru. Ia menolak udara yang padat melalui ubat cecair dan menukarnya kepada kabus. Ia kemudian di sedut mengunakan topeng muka khas atau melalui corong mulut.
Nebuliser atau nama singkatan neb ini mengambil masa dalam 5 sehingga 10 minit. Rawatan ini selalu digunakan untuk merawat pesakit yang menghadapai masalah pernafasan yang sukar untuk bernafas secara normal. Ia juga adalah salah satu rawatan yang cepat dan mudah untuk pesakit.
Rawatan nebuliser ini sesuai untuk kanak-kanak kerana prosesnya yang tidak menyakitkan dan mudah untuk kanak-kanak. Tetapi apakah kesan penggunaan nebuliser kepada kanak-kanak?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kesan rawatan nebuliser dan punca kanak-kanak ada masalah pernafasan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
Bila bayi perlukan neb?
Apabila ada masalah pernafasan seperti nafas laju, berkahak, semput, dan sebagainya yang perlukan kelegaan segera dan cepat. Ada juga bayi yang stabil, aktif dan nafas tidak laju, tetapi masih perlukan neb untuk membantu mencairkan kahak.
Tidak wahai ibu-ibu. Sama seperti makan ubat asma atau ubat kahak dalam bentuk cecair tidak membawa ketagihan, begitu juga dengan neb. Tidak sama sekali ye.
Iya, memang perlu begitu, kerana efek neb hanya sementara, dan sesetengah jangkitan paru-paru yang lebih serius perlukan rawatan neb yang kerap dan konsisten untuk membantu bukakan kembali saluran pernafasan.
Bukan begitu. Bronchitis, bronchopneumonia, croup, hyperactive airway, ini adalah antara banyak-banyak jangkitan paru-paru yang ‘common’ dikalangan bayi dan kanak-kanak yang perlukan neb selain dari asma. Jadi, pakai neb bukan bermaksud anak anda sakit asma ye. Melainkan dia memang sudah didiagnos ada asma.
Mungkin dengan keadaan cuaca kita sekarang, makin kerap bayi kecil kena bronchitis dan jangkitan paru-paru. Jadi sedikit saya nak pesan, selain faktor cuaca yang kita tak boleh kawal, yelah kuasa Tuhan, ada beberapa faktor yang kita boleh kawal, dan harap dapat sama-sama menjaga.
Rumah yang ada bayi kecil, penghuni rumah janganlah hisap rokok didalam rumah, mahupun di halaman rumah. Pun tak boleh. Bauan rokok dan asap rokok sangat sensitif untuk bayi
Begitu juga di tempat-tempat awam terutama kedai makan. Tengok dulu kiri kanan ada budak kecil tak di meja sekitar. Kasihankan mereka.
Bayi yang kerap kena jangkitan paru-paru, senang alah dengan bulu kucing! Selain bulu kucing, bulu-bulu teddy bear atau apa-apa soft toys pun tak boleh juga. Simpanlah teddy bear tu tunggu dia besar
*Kesimpulannya, rawatan neb ini begitu sesuai sekali untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pernafasan. Selain itu, orang dewasa juga boleh menggunakan neb jika ada masalah pernafasan. Ia juga rawatan yang sesuai bagi pesakit yang tidak suka makan ubat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.