Menurut kata orang tua, kalau anda sesedu atau sedu, itu tandanya anda nak membesar. Untuk kanak-kanak, mungkin ianya betul.

Namun untuk golongan dewasa seperti kita dimana kadar pertumbuhan sudah terhenti, pastinya ia tidak rasional. Jadi, apakah punca sedu? Macam mana secara tiba-tiba kita boleh terkena sedu?

Angin

Dari segi perubatan tradisional, sedu adalah berpunca daripada angin yang banyak dalam badan. Apabila banyak angin terkumpul dalam badan dan anda tidak mengeluarkannya dengan cara kentut atau sendawa, maka badan anda akan mengeluarkan angin tersebut secara paksa dengan cara sedu. Oleh itu, kalau anda terlalu kerap terkena sedu, kemungkinan besar itu adalah petanda bahawa ada banyak angin dalam badan anda.

Pengecutan otot diafragma

Kalau dari sudut tradisional sedu berlaku disebabkan oleh angin dalam badan, dari sudut perubatan moden pula, punca sedu adalah kerana berlakunya pengecutan otot diafragma anda. Secara saintifik, setiap kali anda menarik nafas, diafragma akan tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru.

Apabila anda menghembuskan nafas pula, diafragma akan menolak udara keluar daripada paru-paru. Inilah yang akan berlaku kepada otot diafragma anda setiap masa selagi anda masih bernafas. Namun ada ketikanya otot diagfragma anda terganggu kerana semasa anda menarik nafas, diafragma anda ditarik ke bawah dalam keadaan tersentap.

Akibatnya,anda akan menelan udara lalu udara akan masuk ke dalam kerongkong secara mengejut. Udara yang masuk secara mengejut tadi akan berebut-rebut masuk ke dalam dan akan melanggar kotak suara anda. Udara yang melanggar kotak suara akan menyebabkan anda mengalami sedu.

Mekanisma semulajadi badan untuk mengelakkan bayi daripada tersedak susu

Semasa menulis artikel ini, kami terjumpa satu kajian yang sangat menarik. Kajian tersebut dilakukan oleh Dr. Christian Straus yang bertugas di Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris. Beliau mengkaji tentang sedu pada bayi manusia dan bayi mamalia yang lain. Hasil penemuan kajian tersebut adalah sangat mengejutkan.

Menurut kajian tersebut, sedu yang berlaku kepada bayi adalah salah satu mekanisma semulajadi badan untuk mengelakkan bayi daripada tersedak susu dan mengurangkan risiko susu termasuk ke dalam paru-paru bayi. Ini kerana jika susu masuk ke dalam paru-paru bayi, ini akan menyebabkan berlakunya masalah kepada kesihatan bayi.

Oleh itu, jika bayi anda selalu sedu, anda tidak perlu bimbang. Sedu adalah perkara yang normal dan tidak akan menjejaskan kesihatan bayi anda. Ia adalah mekanisma semulajadi tubuh badan bayi anda.

punca sedu
Sumber: Theguardian

Penyakit saraf yang diwarisi

Punca sedu yang seterusnya ialah penyakit saraf yang diwarisi. Menurut kajian, sesetengah individu kerap mendapat sedu disebabkan oleh penyakit saraf yang diwarisi dari genetik.

Penyakit saraf tersebut akan mengganggu otot diafragma lalu mencetuskan sedu dengan kerap. Oleh itu, kalau anda perasan bahawa ada beberapa ahli keluarga anda yang kerap sedu, mungkin anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan bagi memastikan sama ada iainya disebabkan oleh penyakit saraf.

Kecederaan pada saraf

Kecederaan pada saraf juga boleh menjadi punca sedu. Kecederaan pada saraf boleh berlaku akibat kemalangan, gaya hidup yang terlalu aktif atau juga boleh berlaku akibat hentakan kuat.

Oleh itu, mangsa yang mengalami kecederaan pada saraf mungkin mengalami simptom sedu yang kerap. Berita baik untuk anda, masalah sedu yang anda alami akan hilang sebaik sahaja saraf anda pulih seperti biasa.

Badan bertoksin

Punca sedu yang seterusnya ialah badan bertoksin. Badan kita menyerap toksin merbahaya daripada makanan yang masuk ke dalam perut, udara yang disedut ke dalam paru-paru, produk penjagaan kulit yang kita gunakan setiap hari, dan sebagainya. Tubuh badan kita akan mengeluarkan toksin tersebut secara semulajadi melalui sistem perkumuhan dan pencernaan.

Namun begitu, jika terlalu banyak toksin ada dalam badan, sistem pencernaan dan sistem perkumuhan tidak mampu untuk menyingkirkan kesemuanya lalu mengakibatkan berlakunya lambakan toksin dalam badan. Salah satu simptom lebihan toksin dalam badan ialah kerap sedu.

Penyakit metabolik yang merosakkan saraf

Untuk makluman anda, sedu juga boleh berlaku sebagai kesan daripada penyakit metabolik yang merosakkan sistem saraf anda. Di antara oenyakit metabolik yang merosakkan saraf dan menjadi punca sedu adalah:

  • Diabetis
  • Kencing manis
  • Demam kuning
punca sedu
Sumber: Theconversation

Tahap gula yang tinggi dalam darah

Punca sedu yang seterusnya ialah tahap gula yang tinggi dalam darah. Allah mencipta tubuh badan kita dengan mekanisma yang tersendiri. Apabila ada ketidak seimbangan dalam badan, maka isyarat akan dikeluarkan sebagai peringatan.

Dalam kes sedu, ia boleh berlaku sebagai isyarat bahawa tahap gula dalam badan adalah tinggi. Oleh itu, jika anda mengalami sedu bersama simptom gula tinggi dalam darah, dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan segera.

Terlalu banyak ketawa

Terlalu banyak ketawa juga boleh menjadi punca sedu. Ini kerana apabila anda ketawa, udara akan masuk dengan banyak ke dalam kerongkong lalu menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan kotak suara. Oleh itu, jangan terlalu banyak ketawa.

Minuman bergas

Jika anda mengalami sedu selepas minum minuman bergas, ia adalah sesuatu yang normal. Ini kerana bahan yang terdapat dalam minuman bergas bertindak balas dengan tubuh badan anda lalu mencetuskan sedu.

punca sedu
Sumber: Pixabay

Itulah dia punca sedu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca mulut berbau dan punca gusi bengkak

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.