Tidak dinafikan, sepanjang tempoh mengandung ibu akan berasa kurang selesa dan sakit-sakit badan. Semakin besar kandungan, semakin berasa kurang selesa.
Nak tidur pun berasa kurang nikmat. Bila terlentang rasa sesak nafas dan sakit belakang, bila mengereng lenguh pula kaki. Ada masanya bayi pula terasa terhimpit, akan jadi terlalu aktif selagi anda tak ubah posisi tidur.
Adalah sangat penting untuk ibu mengandung mengamalkan posisi tidur untuk ibu hamil yang betul supaya berasa selesa dan mengelakkan anda mengalami sakit badan, lenguh-lenguh, dan yang paling penting supaya anda mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti.
Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan posisi tidur yang paling selesa untuk ibu hamil.
Jika anda sedang mengandung, elakkan sama sekali daripada tidur dalam posisi meniarap kerana ia akan menyebabkan rahim anda terhimpit dan tertekan. Dikhuatiri akan menjejaskan bayi dalam kandungan anda. Malah posisi meniarap juga akan menyebabkan dada anda terhimpit lalu menyebabkan anda berasa sesak nafas.
Dari sudut pandangan islam, umat islam tidak digalakkan untuk tidur dalam keadaan meniarap kerana ia adalah cara tidur kegemaran syaitan dan para penghuni neraka. Bukannya tak boleh tidur meniarap, namun tidak digalakkan. Oleh itu, kalau anda nakkan tidur yang berkualiti dan nyenyak hingga ke pagi, elakkan daripada tidur dalam posisi meniarap.
Satu lagi posisi tidur yang perlu anda elakkan semasa mengandung, terutamanya apabila kandungan semakin membesar ialah posisi terlentang. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kami cadangkan anda supaya jangan tidur terlentang? Ini kerana, jika anda tidur terlentang:
Tidur mengiring ke belah kiri adalah posisi tidur paling ideal untuk ibu mengandung menurut pandangan para doktor pakar sakit puan dari barat. Menurut kajian mereka, apabila anda tidur mengiring ke belah kiri, ia akan mengelakkan uterus daripada menekan hati.
Menurut mereka, posisi ini juga akan membolehkan bayi dalam kandungan anda menerima bekalan darah dan nutrisi yang diperlukan secara optimum.
Walaubagaimana pun, dari sudut pandangan islam, tidur mengiring ke belah kiri tidak digalakkan kerana posisi tidur sebegini akan menyebabkan jantung anda dihimpit oleh paru-paru kanan yang lebih besar daripada paru-paru kiri. Amalan tidur mengiring ke belah kiri boleh merosakkan dan mengurangkan kecergasan jantung anda.
Ini adalah posisi tidur ibu hamil yang paling kami sarankan kepada anda memandangkan ini adalah posisi tidur kegemaran Rasulullah. Ia adalah sunnah untuk kita tidur dalam posisi sebegini, bukan sahaja semasa mengandung tetapi setiap masa. Terdapat satu kajian menarik tentang posisi tidur mengiring ke belah kanan.
Kajian tersebut mendapati bahawa jika seseorang tidur dalam keadaan mengiring ke belah kanan, makanan dalam perutnya hanya mengambil masa lebih kurang dua setengah jam sehingga empat setengah jam untuk sampai ke usus.
Manakala orang yang tidur mengiring ke belah kiri pula memerlukan masa yang lebih panjang iaitu sekitar lima sehingga lapan jam untuk proses yang sama. Menarik kan?
Malah kajian juga mendapati bahawa semasa anda tidur mengiring ke belah kanan, hati anda akan berada dalam kedudukan paling stabil dan tidak tergantung sementara perut anda akan terduduk diatas hati dengan baik. Keadaan ini adalah yang terbaik buat perut anda di mana perut dan sistem penghadaman akan berfungsi pada tahap optimum.
Kami juga mencadangkan anda untuk menggunakan bantal khas untuk ibu mengandung yang membantu anda untuk tidur dengan lebih selesa. Adalah sangat berbaloi untuk anda mengeluarkan sedikit duit untuk membeli bantal istimewa ini. Malah bantal ini boleh terus digunakan selepas anda bersalin nanti. Mudah untuk anda menyusukan bayi sambil tidur.
Bantal tidur untuk ibu mengandung dicipta khas untuk memberikan sokongan kepada tubuh badan ibu mengandung dan boleh dibentuk mengikut kesesuaian dan keselesaan anda semasa tidur. Terdapat banyak bantal ibu mengandung dijual di pasaran. Anda pilihlah yang mana satu berkenan.
Itulah dia info tentang posisi tidur ibu hamil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, munkin anda juga berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat safron untuk ibu mengandung, khasiat asid folik untuk ibu mengandung, dan punca darah rendah semasa mengandung.