Posisi tidur selepas bersalin sangat penting bagi memastikan para ibu yang melahirkan anak secara pembedahan khususnya dapat segera sembuh.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan posisi tidur selepas bersalin pembedahan yang betul.

Posisi tidur selepas bersalin

posisi tidur selepas bersalin pembedahan

1. Tinggikan bahagian atas badan

Ini adalah kedudukan terbaik untuk tidur selepas pembedahan C-section kerana ia mengurangkan tekanan pada luka anda. 

Walaupun ini bukanlah kedudukan yang paling semula jadi bagi kebanyakan dari kita, namun dengan beberapa bantal sokongan anda boleh mendapatkan tidur lebih lena dan lama.

Posisi tidur selepas bersalin seperti ini juga dikatakan boleh merawat apnea tidur yang berkaitan dengan kehamilan, kerana ia menghalang saluran pernafasan anda daripada tersumbat.

2. Tidur mengiring

Tidur mengiring adalah posisi tidur biasa dan pilihan yang bagus untuk anda pulih daripada pembedahan C-section.  

Kajian menunjukkan bahawa tidur mengiring ke kiri boleh membantu meningkatkan aliran darah ke organ penting dan membantu penyembuhan. 

3. Tidur menelentang

Posisi tidur selepas bersalin dengan cara menelentang pada asalnya tidaklah disarankan semasa mengandung khususnya semasa kehamilan berusia 20 minggu ke atas.

Namun, posisi ini amat disyorkan buat ibu yang sedang pulih daripada Czer. Untuk memastikan kedudukan lebih selesa, anda boleh menambah bantal, selimut atau tuala yang digulungkan di bawah lutut atau lengan.

4. Tidur duduk tegak

Tidur duduk tegak adalah posisi biasa bila mana kita duduk di depan televisyen. Walaupun duduk bukanlah posisi yang selesa untuk tidur tetapi ia boleh menjadi satu pilihan posisi tidur selepas bersalin yang sesuai.

5. Tidur terlentang condong 45 darjah

Tidur terlentang condong 45 darjah di atas katil dengan menggunakan bantal sokongan kedengaran sedikit pelik.

Namun, percayalah ini posisi yang sangat selesa semasa tempoh pemulihan.

YouTube video
How to Sleep After Cesarean Delivery (Best Sleeping Positions) | FirstCry Parenting

Petua untuk tidur nyenyak selepas Czer

1. Buat senaman ringan

Bersenam selepas bersalin memang bahaya tetapi itu tidak bermakna anda perlu meninggalkannya terus.

Anda boleh memilih untuk buat apa-apa aktiviti fizikal berintensiti rendah untuk mendapatkan semula kekuatan dan mobiliti dalam jangka panjang.

2. Kekal terhidrat

Penghidratan adalah penting pada setiap masa, lebih-lebih lagi untuk pulih daripada pembedahan.

Air membantu mengawal pertumbuhan dan suhu sel, membuang toksin, dan mengurangkan sembelit. 

Semasa menyusu, anda juga memerlukan lebih banyak air untuk memastikan pengeluaran susu yang lancar dan mengekalkan tahap tenaga.

3. Makan hidangan yang seimbang dan berkhasiat

Mendapatkan keseimbangan protein, karbohidrat, lemak dan nutrien yang betul dalam diet pemakanan akan membekalkan tenaga dan nutrisi kepada tubuh badan.

4. Disiplin pada jadual

Jadual harian sedikit sebanyak boleh membantu anda melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa baru.

Dengan adanya jadual, badan anda bertindak balas dengan baik kepada corak perancangan yang dibuat. Jadi cuba rancang segala hal berkaitan aktiviti siang dan malam anda setiap hari.

5. Dapatkan bantuan jika perlu

Sokongan dan moral support dari pasangan, keluarga serta orang terdekat amatlah penting untuk anda fokus pada berehat dan penyembuhan

6. Konsultasi dengan doktor

Sesetengah orang enggan mengambil ubat penahan sakit, walaupun diberikan doktor. Namun perlu anda tahu, rasa sakit akan memberi kesan kepada tidur, fungsi harian dan kesejahteraan emosi anda. 

Jika doktor mengesyorkan anda untuk makan ubat tahan sakit, anda harus patuh dan mengambilnya bila diperlukan.

Jika anda mengalami kesan sampingan yang tidak menyenangkan, hubungi doktor anda untuk mencari alternatif lain.

7. Bantal sokongan

Bantal berbentuk U bagus untuk diletakkan di belakang anda untuk membantu tidur lebih selesa.

8. Elakkan alkohol dan kafein

Alkohol memberi kesan negatif kepada kesihatan tubuh badan. Hal ini kerana ia mengandungi antikoagulan, menyebabkan anda berdarah lebih banyak. 

Selain itu ia juga akan menekan sistem saraf, memberi tekanan pada jantung dan paru-paru anda, dan boleh menyebabkan lebih banyak jangkitan selepas pembedahan.

Manakala minuman berkafein seperti teh dan kopi pula boleh menjejaskan tidur dan melambatkan lagi proses penyembuhan selepas pembedahan.

9. Cipta persekitaran yang sesuai untuk tidur

Cara terbaik untuk menggalakkan tidur yang lena adalah memastikan bilik tidur anda adalah tempat berehat yang sempurna. 

10. Sabar dengan karenah badan anda

Dalam proses penyembuh, pasti anda akan melalui bermacam-macam pengalaman manis dan pahit. Ia sebenarnya akan membentuk sifat sabar dalam diri dan menghilangkan rasa negatif terhadap badan anda sendiri jika anda meletakkan satu matlamat untuk sihat kerana Allah.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tips posisi tidur selepas bersalin pembedahan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. How to Sleep After a C-Section: 5 Key Pieces of Advice. Rise Science
  2. Tips and Tricks for High Quality Sleep After a C-Section. Healthline
  3. How to Get The Best Night’s Sleep After a C-Section. Dreams

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.