Setiap orang mahu tubuh badan yang cantik dan sihat. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan tubuh badan yang diinginkan atau mengekalkannya. Ia memerlukan usaha yang banyak dan semangat yang tinggi untuk tidak tunduk pada nafsu makan yang melampau. Bersenam dan amalan pemakanan yang sihat adalah salah satu cara untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan sihat.

Individu yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat, mereka akan mula mengamalkan ‘Plant Based Diet’ atau PBD. PBD ialah perancangan di mana individu itu hanya akan makan sayur-sayuran dan bijiran dalam erti kata lain individu itu akan menjadi seorang vegetarian. Mereka akan menolak semua unsur makanan yang berkaitan dengan haiwan.

Tetapi, adakah PBD ini bagus untuk diet kita?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta mengenai Plant Based Diet (PBD). Info ini dikongsikan oleh Dr. Suhazeli Abdullah. Doktor pakar iaitu Dr. Suhazeli Abdullah merupakan doktor pakar  perubatan keluarga di klinik. Beliau aktif dalam menjawab hal-hal perubatan termasuk isu berkenaan salah faham medikal dari sudut agama islam.

plant based diet

Imej via everydayhealth

Kaedah PBD itu dibahagikan kepada 3 jenis yang masyhur.

i. Vegetetarian. Hanya mengamalkan PBD dan menolak daging. Tetapi komponen haiwan seperti susu dan telur boleh dimakan.

ii. Vegan. Hanya mengamalkan PBD, bukan sahaja menolak daging tetapi tidak makan makanan bersumber komponen haiwan.

iii. Pescatarian. Hanya mengamalkan PBD ketat dengan menolak semua daging, komponen haiwan lain dan makanan laut.

Berikut adalah dapatan pengkaji dari Harvard Universiti. Mereka menulis mengenai beberapa dapatan kajian terhadap 50,000 pesakit yang mengambil PBD berbanding makanan berdaging (meat eaters), mereka juga membuat beberapa kesimpulan. Penemuan penting yang mereka ringkaskan:

i. Pengamal pescatarian didapati kurang mendapat serangan sakit jantung sebanyak 13%.

ii. Pengamal Vegetarian pula didapati kurang mendapat serangan sakit jantung sebanyak 22%.

iii. Pengamal Vegetarian didapati menghidapi serangan angin ahmar (stroke) lebih tinggi sebanyak 20%. Kebanyakan Jenis angin ahmar yang mereka hidapi adalah perdarahan dalam otak (Hemorrhagic Stroke).

iv. Kajian itu berbentuk pemerhatian (observational), bukannya kajian perbandingan satu persatu di bawah kawalan. Keputusan kajian pemerhatian tidak boleh dibuat secara generalisasi kerana ianya masih tertakluk kepada faktor-faktor bias, kecenderungan sampel kajian dan ketepatan data. Lagipun sumber kajian ini berdasarkan pelaporan kendiri (self reporting), banyak perkara boleh diperdebatkan.

Kesimpulan dari penemuan di atas: Pesakit perlu berfikir dua kali sebelum mengambil pemakanan berasaskan tumbuhan kerana risiko dan manfaatnya sama tara. Bahkan impak kepada perawatan penyakit atau kesihatan adalah tidak boleh ditentukan secara tepat. Ianya mungkin bukan mudah untuk dijangka sesuatu keputusan itu (samada banyak kepada negatif atau sebaliknya).

Adakah semua PBD itu sesuai?

Satu tulisan dari Harvard Universiti juga menyimpulkan pemilihan jenis PBD itu terlebih penting. Maksudnya, tidak semua makanan berasaskan tumbuhan itu boleh diambil tanpa mengetahui jenisnya yang sesuai. Pilihlah PBD yang kaya dengan fiber, vitamin dan mineral kerana dikatakan boleh membantu dalam penurunan lemak jahat LDL, mengurangkan risiko kencing manis, kawal berat badan dan akhirnya mengurangkan keterkaitan perkara itu dengan serangan sakit jantung.

Jika tersalah pilih, akan menyebabkan anda senang terasa lapar, dahaga dan anda akan cenderung makan banyak. Apabila itu berlaku, akhirnya PBD yang diambil itu akan meningkatkan juga gula dalam darah. Contohnya nasi putih, roti putih atau makanan terproses yang tinggi indeks glisemik. Walaupun ianya makanan berasaskan tumbuhan, tetapi ianya boleh meningkatkan gula dalam darah, seterusnya kencing manis tak terkawal.

Bijirin yang perlu diambil adalah: Roti gandum penuh (Whole Wheat bread), Bijirin penuh pasta, Brown Rice. Elakkan bijirin yang telah diproses sebagai bentuk makanan. Jika lihat pemilihan ini, kosnya adalah meningkat berbanding dengan makanan biasa.

Jus buah, walaupun juga terdiri dari kategori PBD, tetapi pemilihan jus amat penting. Dakwaan jus 100% lengkap jizinya sama dengan buah-buahan original adalah tidak tepat. Apabila dalam bentuk jus, sumber vitamin dan fibers sudah terurai. Nama pun jus, sudah dimasukkan mesin blender atau pemerah, hilang keaslian strukturnya. Lebih menggerunkan apabila syarikat pengeluar jus campur jus itu dengan pengawet dan gula sebagai perisa tambahan yang menyelerakan. Hancur terus kesenian PBD.

*Kesimpulannya, bagi individu yang ingin menurunkan berat badan dan mendapatkan semula tubuh badan yang sihat, boleh mencuba PBD ini tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor. Kita perlu pastikan PBD yang digunakan adalah cara yang betul atau tidak ia akan mengundangkan rasa lapar lebih banyak dan berat badan tidak turun. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.