Nota Editor : Sebaga suami, sayangilah isteri anda. Lebih-lebih lagi apabila saat dia mengandungkan anakmu. Saat mengandung amat kritikal sekali dalam fasa rumah tangga. Dan jangan biar dirinya sendirian. Semoga perkongsia Ibu Rose ini membantu untuk para suami budiman sekalian.
—————————————————————————————
Seorang isteri yang mengandungkan anakmu adalah seorang wanita yang sangat kasih kepadamu.
Dia mengharapkan kasihnya dibalas balik dengan sangat ketara pada masa-masa ini.
Kepelikan perangainya dan rupanya mungkin menghilangkan selera dan kesabaranmu…ingat dia isterimu, dia sedang mengandungkan zuriatmu…bersabarlah kerana hormonnya berkecamuk.
Bersabar sayang, kerana dia sedang sangat bersabar untuk mu. Bukan senang jika mulut senantiasa payau, hendak makan pun tak lalu di telan. Asyik hendak muntah dan setiap kali muntah urat-urat akan sakit-sakit.
Gosok belakang dia sayang dan sabar jika dia marah-marah. Dia bukan marah kepadamu, dia tidak bijak lagi menangani rasa pelik di dalam dirinya walaupun ini bukan anak yang pertama, ketahuilah setiap kali mengandung bukan sama rasanya.
Maklumlah anak pun tidak sama. Umurnya juga semakin meningkat dan suasana dan situasi hidup semasa itu juga berbeza.
Bila dia sudah sangat sarat, dia akan susah sangat untuk bergerak dan bernafas, mudahkan pergerakkannya dengan memimpinnya dan berjalan bersamanya mengikut kelajuannya.
Jangan dipaksa dia bergerak laju…fahami sayang, anak yang dikandungnya sudah masuk atau sedang menekan tulang panggulnya…jika dia bergerak laju, sakit zuriatmu itu…jadilah suami yang prihatin sayang….banyak pahalamu.
Bila dia bertarung nyawa membawa keluar zuriatmu…jika sayang dibenarkan beradalah di sisinya sepenuh diri, pemikiran, hati dan jiwa. Dia amat memerlukanmu. Tidak ada yang lebih indah dirasai semasa itu selain dari pertolongan dan kasih-sayang seorang suami yang Allah datangi.
Setelah dia berjaya melahirkan anakmu, kucupi dahi dan pipinya dan ucapakn terima-kasih kerana kuasa kata-kata manismu ibu adalah penawar segala sakitnya.
Kemudian berilah dia berehat dan lakukanlah tugas sayang terhadap ahli baru dalam keluargamu.
Sesungguhnya bukan mudah menjadi suami yang prihatin yang memimpin keluarga dan melindungi keluarga dari api neraka. Kamu layak menjadi suami sedemikian.
Terima kasih kerana berusaha menjadi suami yang baik, pengasih dan prihatin. Usahamu itu amat berharga di dalam kita berusaha membina dunia yang sejahtera.
Semoga Allah memudahkan segala usaha baik kita.
Salam kasih dari Ibu.