Selepas isteri bersalin, cara penjagaannya agak lain sedikit daripada cara penjagaan semasa hamil. Badan isteri lebih sensitif dan mereka tidak boleh banyak berjalan disebabkan luka di bahagian sulitnya. Jadi, sebagai suami, anda perlu menjaga isteri dengan 10 kali ganda lebih baik berbanding semasa isteri hamil.

Bagi lelaki yang baru bergelar suami dan ayah, terdapat 5 perkara yang perlu anda tahu mengenai isteri selepas bersalin. Apakah perkara-perkara tersebut ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 perkara suami wajib tahu selepas isteri bersalin. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

5 Perkara Suami Perlu Tahu

Perkara wajib suami tahu selepas isteri bersalin

Imej via Facebook

#1 – Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.

#2 – Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.

#3 – Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.

#4 – Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).

Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :

– Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa

– Batuk darah

– suhu badan naik

– sesak nafas

Bahaya ke pulmonary embolism ni?

– Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!

#5 – Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.

*Berikut adalah 5 perkara yang suami wajib tahu tentang isteri selepas bersalin. Pada mulanya, mungkin si suami tidak biasa dengan perubahan hormon isteri tetapi lama-kelamaan anda pasti biasa. Suami perlu memahami si isteri dan jangan membiarkan isteri keseorangan, cuba bantu apa yang patut. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.