Pernah dengar tentang ibu mengandung yang berperangai pelik? Pasti pernah kan? Ada kisah lucu yang membuatkan kita ketawa dan ada kisah yang terlalu pelik sehingga menyebabkan kita menggelengkan kepala. Ada yang kata ibu mengandung berperangai pelik kerana pembawakan budak.

Ada yang kata ia berlaku kerana perubahan hormon. Tak lupa juga ada yang kata perangai pelik waktu mengandung berlaku kerana terlalu ikutkan perasaan. Apa pun puncanya, hari ini kami akan kongsikan beberapa perangai ibu mengandung pelik untuk tatapan anda.

perangai ibu mengandung pelik

Sumber: Siraplimau

1. Teringin masuk bilik mayat

Perangai pelik ibu mengandung yang pertama ingin kami kongsikan pada hari ini ialah keinginan seorang ibu mengandung untuk mencium dan masuk ke dalam bilik mayat di hospital. Pelik kan? Ini adalah kali pertama kami mendengar perkara seperti ini. Seorang wanita yang bakal melahirkan anak meluahkan keinginan peliknya mahu menghidu dan melihat bilik mayat. Tidak berapa lama dahulu pernah tular diTwitter apabila seorang ibu mengandung bernama  Ain Nabilah Aun yang berumut 20 tahun membuat pengakuan yang pelik seperti berikut:

“Saya ada beritahu suami Mohd Firdaus Mohd Fazli, mengenai keinginan untuk mencium dan masuk ke dalam bilik mayat. Dia hanya cakap kalau hendak masuk, masuk seorang. Saya pasti dia tidak akan ikut saya, atau pun tunggu di luar sahaja. Dia pun penakut macam saya.”

Menurut Ain, walau pun tidak dibenarkan oleh suaminya, ibu mentua beliau bersetuju untuk membawanya melawat rumah mayat di Hospital Kluang bersama-sama. Namun setelah membawa komen netizen di Twitter, beliau telah menangguhkan niat dan berusaha untuk bertanya kepada ahli agama kerana risau aka nada perkara buruk berlaku kepada bayinya. Pelik kan? Kami tidak tahu sama ada beliau meneruskan niat untuk menghidu dan melawat rumah mayat atau tidak.

2. Tak tahan dengan bau suami sendiri

Ada juga ibu mengandung yang tak tahan dengan bau suaminya sendiri sepanjang tempoh kehamilan. Ianya bukanlah dibuat-buat. Menurut saintis, ia berlaku disebabkan oleh hormon yang bercelaru dalam tubuh badan isteri lalu menyebabkan bau suami yang selalunya digila-gilakan oleh isteri menjadi terlalu busuk baginya. Malah jika suami baru mandi sekali pun isteri masih berasa suaminya busuk.

3. Teringin makan sabun mandi

Mengidam nak makan sabun mandi bukanlah sesuatu perkara yang asing. Kerap-kali kita mendengar kisah sebegini. Ada ibu mengandung yang teringin untuk makan sabun mandi dalam bentuk bar. Malah ada yang makan berketul-ketul sabun mandi dari awal kehamilan sehingga bersalin. Ajaibnya si ibu dan bayi dalam kandungan selamat tanpa sebarang masalah kesihatan.

4. Teringin naik UFO

Kisah yang ini agak kelakar. Seorang suami berkongsi di facebook tentang kisah isterinya yang menangis pukul 3 pagi kerana teringin untuk naik UFO. Pasti anda pelik, mana pula suaminya nak cari UFO? Jom baca kisah ini. Rintihan suami ini dikongsikan dalam kumpulan Info Ibu Mengandung di facebook pada 31 Mei 2017. Perkongsian ini dihantar tanpa mendedahkan identity suami yang mengadu tersebut. Menurut beliau:

“Allahuakbar … Mula-mula ingatkan dia melawak. Aku gelak jer. Malam tu tengah tidur, dia boleh menangis pada 3 pagi. Ingatkan sakit perut nak beranak ke apa…rupanya dia terasa aku gelakkan dia petang tu. Tiap-tiap malam dia cakap nak naik UFO. Aku ni dari rasa nak gelak dah bertukar jadi rasa nak marah. Aku cerita benda ni kat mak, mak cakap kau bawa je dia pergi naik UFO mainan kat Tesco tu. Masukkan token boleh gerak-gerak,”

Akhirnya, permintaan isterinya dipenuhi selepas mengikut nasihat ibu lelaki itu dengan menaiki UFO mainan di Tesco. Gembira sungguh isterinya bila keinginannya tercapai.

“Masa lalu kat tempat mainan tu aku tanya lagi dia nak naik UFO mainan tak? Dia nak oiiii. Aku terus beli token.”

Walaupun dipandang serong oleh orang yang lalu-lalang, si suami tebalkan muka demi isteri yang tersayang, namun tanpa disangka isterinya mengidam benda lain pula. Nak tahu?

“Perut dah nak meletup, macam manalah aku nak bawa naik kapal terbang. Nampak gayanya esok kena bawa pergi Tesco lagi la. Ibu mengandung ni memang perangai macam ini ke? Pelik sangat dah aku nampak. Semoga diberi kekuatan untuk layan karenah dia… Amin,”

Pelik sungguh kisah ni kan? Nasib baik suaminya jenis penyayang dan sudi memenuhi hajat di isteri. Kalau anda, apa yang anda akan buat?

5. Teringin kunyah selipar jepun

Perangai pelik ibu mengandung yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah teringin untuk mengunyah selipar jepun. Kisah ini tular pada beberapa tahun yang lalu apabila diceritakan kisah tentang seorang ibu mengandung yang mengidam untuk mengunyah selipar jepun. Bukan selipar jepun yang abru dibeli dari kedai, tapi selipar jepun yang sudah lusuh digunakan. Alhamdulillah kedua-dua ibu dan bayi selamat tanpa sebarang masalah kesihatan.

perangai ibu mengandung pelik

Sumber: Flickr

Bagaimana dengan anda? Ada perangai pelik yang anda alami semasa mengandung? Walau apa pun semua perangai pelik ini akan mencipta memori yang indah untuk dikenang dan pastinya membuatkan kita dan pasangan tersenyum semula apabila dikenang kembali. Malah ada juga modal untuk anda bercerita kepada anak-anak apabila mereka sudah besar dan boleh faham apa yang kita ceritakan.

Itulah dia info tentang perangai ibu mengandung pelik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang darah beku ibu mengandung, diet ibu mengandung dan garis hitam pada perut ibu mengandung.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.