Masyarakat pada masa kini mungkin sudah tidak asing lagi apabila mendengar orang menyebut mengenai penyakit Talasemia. Hal ini kerana sudah menjadi perkara yang wajib untuk melakukan ujian saringan sebelum melangkah ke alam perkahwinan di mana kita dapat mengetahui jika terdapat sebarang masalah kesihatan seperti penyakit Talasemia.

imej via google

Mari kita lihat info menarik dengan lebih jelas daripada Dr Asmah mengenai Penyakit Talasemia.

Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.

  • Mereka yang mempunyai penyakit  Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh.
  • Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
  • Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
  • Mereka yang mengidap Talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
  • Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

2 Jenis Talasemia ialah:

1. Talasemia minor.

  • Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

2. Talasemia major.

  • Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Pembawa Talasemia.

  • Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya.
  • Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
    — 50% kemungkinan adalah pembawa.
    — 50% kemungkinan adalah normal.
    — Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major).

*Diharapkan dengan perkongsian ini akan dapat memberikan manfaat kepada anda dan orang yang tersayang supaya lebih bersedia dalam menghadapi dugaan.

Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk sumber yang asal, boleh rujuk di sini.

Penulis: Nik Fatin Fuadi

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.