Nota Editor: Kanak-kanak bersih mindanya. Si dia cepat belajar. Kadang-kala ia tertarik benda yang tidak sepatut dengan umurnya. Ianya tidak boleh dihalang. Semoga artikel ini dapat membantu kita menghadapai perubahan positiv anak ini.
___________________________________________________________

Ini dilema yang biasa ibubapa hadapi bila anak sudah pandai membaca atau baru mula belajar membaca. Dia akan baca setiap papan tanda yang ada, termasuk iklan dan banner yang ada tepi jalan. Lagi-lagi kalau bosan travel jauh jauh.

anak tanya soalanparenting.answers.com

Yang baiknya – anak-anak boleh praktis membaca dan mengelak dari terperangkap dengan smart phone, berkelahi dengan adik dan kebosanan.

Yang tak baiknya – bukan semua papan tanda di tepi jalan itu elok. Saya paling pantang dengan iklan murahan bersize A4 yang ditampal di tiang-tiang traffic light. ‘ubat kuat’, ‘gel untuk suami’ ‘rahsia tahan lama’ dan pelbagai ayat marketing sampah yang sebenarnya hanya gel ditambah ubat lignocaine/anaesthetic agent bagi kebas.

Apa Masalahnya?

Tanpa kita sedari, pandangan/maklumat/gambar/infomasi ini secara halus masuk ke dalam minda unconscious anak-anak.

Bapa teori psychoanalysis barat, Sigmund Freud (1915) mencadangkan konsep ‘topographical mind’ – conscious-unconscious-subconscious mind. Menurut teori ini, apa-apa memori, keinginan, pengalaman yang tidak diingini akan masuk ke dalam simpanan unconscious mind kita secara sedar atau tidak.

Freud percaya unconscious mind inilah yang mengawal sebahagian tingkah laku manusia dalam bentuk id – atau bahasa mudahnya nafsu. Dalam keadaan-keadaan yang tertentu, apa yang terpendam didalam unconscious mind akan terjelma semula kemudiannya sebagai masalah – terutamanya masalah berkaitan psikologi.

Saya bukan peminat teori Freud, tapi kena belajar juga. Sekali imbas nampak macam teori biasa, namun sebenarnya asas teori ini sudah lama disebut dalam AL-QURAN.

Fikirkan.

Kenapa islam mendidik kita mengasingkan anak dari bilik tidur ibubapa seawal usia tujuh tahun, mengajar anak meminta izin sebelummasuk ke bilik ibubapa? (rujuk An Nur:58)

Menurut Syeikh Tohir Ibnu ‘Asyur-; “Adalah suatu yang jelik ibu-bapa membiarkan anak-anak mereka (yang telah mumayyiz) melihat aurat mereka kerana pandangan anak-anak akan membekas (dan menjadi tabiat) dalam diri mereka.

Begitu juga dalam hal tarbiyah anak-anak yang digariskan oleh Nabi SAW – menundukkan pandangan dalam kisah Rasulullah menegur Al-Fadhl (HR Bukhari dan Muslim), memisahkan tempat tidur ketika usia 7 tahun (HR Abu Daud) dan sebagainya.

Semua ini adalah preventative measures yang sangat sempurna dalam memelihara unconscious mind anak-anak dari terdedah kepada unsur-unsur yang berbahaya kepada minda dan pembentukan peribadi mereka.

Kalau kita faham konsep ini, maka banyak lagi ‘pintu-pintu’ yang berbahaya kepada unconscious mind anak-anak yang kita perlu pelihara. Rancangan televisyen yang tak bertapis, iklan-iklan di youtube, Iklan di majalah/paper, gambar-gambar disekeliling dan macam-macam lagi yang semuanya bertaraf merbahaya.

Jangan menyesal 20 tahun lagi anak-anak buat perangai pelik! Takut-takut kita yang tanam semuanya didalam unconscious mind mereka, mereka hanya menuai hasilnya. Moga Allah pelihara.

Penulis: Dr Rozanizam Zakaria

Merupakan seorang doktor dalam bidang psikiatri dan motivasi minda. Merupakan penulis buku "Aku Nabi Isa!.." dan banyak berkongsi tentang ilmu psikologi anak-anak. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.