Panduan memandu untuk ibu mengandung

Hari ini kami ingin kongsikan tips dan panduan untuk ibu hamil memandu. Biasalah, bila hamil tidak bermakna kita hanya akan duduk di rumah sahaja. Sudah tentu kadang-kala kita terpaksa memandu sendirian disebabkan sang suami mungkin sibuk dengan urusannya.

ibu memandu1.   Membaca doa

Sebagai seorang yang beragama islam, anda hendaklah membaca ayat kursi dan doa menaiki kenderaan agar perjalanan anda dipermudahkan dan mendapat perlindungan daripadaNya.

2.   Pakai tali pinggang keledar

Ibu mengandung harus pastikan mereka memakai tali pinggang keledar yang dipasang dengan betul. Elakkan daripada mengenakan tali pinggang kepada perut atau atas perut untuk mengelakkan bayi selamat jika berlaku hentakan ketika dalam perjalanan.

3.   Pakai tali pinggang yang mudah dilaras

Hal ini adalah untuk membolehkan ia mengikut gerakan tubuh. Oleh itu apabila berlaku hentakan atau kejutan anda tidak akan merasa sakit kerana ia berkemampuan untuk menyentak tubuh anda ke belakang.

4.   Selaraskan tempat duduk

Anda hendaklah menyelaraskan tempat duduk ketika memandu serta memastikan ia jauh daripada steteng kereta. Namun, pastikan keadaan tersebut masih membuatkan anda selesa apabila menekan pedal minyak atau brek. Tujuannya adalah untuk mengelakkan stereng yang keras menghentak perut jika berlaku sebarang hentakan.

5.   Pastikan keadaan kereta adalah baik

Jika anda memandu, pastikan tahap keadaan kereta anda baik dan tidak mengalami masalah ketika dalam perjalanan. Anda boleh meminta bantuan suami untuk memeriksa keadaan kereta namun adalah lebih baik jika suami yang menghantar ke destinasi ketika isteri mereka mengandung.

6.   Sticker/pelekat kereta

Seterusnya anda boleh meletakkan kad pelekat atau sticker kereta kepada cermin kereta anda yang memberitahu wanita hamil sedang memandu. Fungsi pelekat tersebut adalah untuk memberitahu pengguna jalan raya berwaspada ketika memandu berhampiran dengan anda di jalan raya.

7.   Tidak memandu seorang diri

Elakkan daripada memandu seorang diri terutamanya jika perjalanan itu mengambil masa yang agak lama dan jauh. Anda boleh meminta teman terdekat anda seperti suami untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju. Hal ini adalah penting untuk memastikan keselamatan anda dan bayi berada dalam keadaan selamat.

8.   Patuh undang-undang jalan raya

Patuhilah undang-undang jalan raya seperti tidak memandu dengan laju. Jagalah keselamatan anda ketika berada di jalan raya.

9.   Pastikan penyaman udara berfungsi

Anda hendaklah memastikan penyaman udara kereta berfungsi dengan baik. Ia adalah peting untuk memastikan keselesaan anda apabila memandu.

10. Membawa bekalan air

Jangan lupa untuk membawa sekurang-kurang sebotol air ketika dalam perjalanan, ia bertujuan untuk memudahkan anda minum apabila merasa haus dan ia juga bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya dehidrasi kepada anda.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.