Nak cuba resepi mee goreng mamak yang sedap?

Mee Goreng Mamak merupakan hidangan favourite rakyat Malaysia. Kalau tengah mengidam malam malam, mahu sahaja kita ke kedai mamak untuk makan mee goreng mamak yang penuh dengan rencah dan confirm mengenyangkan perut.

Tapi, macam mana kalau rumah jauh? Atau “saya suka masak kat rumah, kebersihan terjamin.” tapi masih mengidam mee goreng mamak. Atau mungkin anda mahu menghidangkan sesuatu yang lain kepada tetamu anda. Disini kami cadangkan anda untuk masakkan mee goreng mamak hanya dirumah, dimana rasanya, kebersihannya lebih terjamin dan membuat tetamu anda menjilat jari makan hidangan yang telah dimasak.

Di mana resepinya?  Haa, kali ini kami bawakan resepi mee goreng mamak yang dapat membuat anda rasa seperti di kedai mamak kerana aromanya, dan rasanya yang membuatkan sesiapa sahaja terliur.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Norain di dalam Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian. Jom, check it out!

Resepi Mee Goreng Mamak

mee goreng mamak

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Mee Kuning 450 g (5 orang makan)
  • Lada kering *
  • Bawang merah *
  • Bawang putih *

Nota: Bahan yang bertanda asterisk (*) haruslah dikisar bersama

  • Sayur sawi
  • Taugeh
  • Fish cake dan fish ball
  • Sotong atau udang
  • Telur 2 biji
  • Kicap (6 sudu besar)
  • Sos seafood adabi (2 sudu besar)
  • Sos cili (2 sudu besar)
  • Perencah Maggi Kari (setengah paket)
  • Garam (secukup rasa)

Cara – cara memasak:

  1. Tumis lada kering yang telah dikisar hingga garing.
  2. Masukkan sos seafood Adabi, sos cili, kicap, perencah maggi kari dan sedikit air.
  3. Masukkan sotong atau udang atau kedua – duanya sekali dan fishcake atau fishball.
  4. Akhir sekali, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh. Gaul sebati sehingga masak.
  5. Siap! Sedia untuk dihidang dan ngap!

Wah mudahnya nak masak mee goreng mamak ni. Kalau begini, yang baru nak belajar masak juga dapat menghasilkan hidang seakan chef!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi Mee Goreng Mamak ini, terdapat beberapa lagi resepi lain yang anda boleh cuba, dan ya, walaupun anda masih beginner! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama keluarga anda dan jadikan ia satu aktiviti keluarga yang bermanfaat dan mengenyangkan perut.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.