Zaman kini sudah banyak teknologi yang dihasilkan daripada kenderaan sehingga gajet yang diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Alatan-alatan ini dicipta bagi memudahkan kerja seharian kita. Semakin tahun, semakin banyak produk yang dikeluarkan antaranya telefon bimbit.
Selain itu, peralatan yang diperlukan oleh hospital untuk merawat pesakit juga sudah dinaik taraf dan semakin canggih. Peralatan ini lebih baik daripada sebelumnya kerana ia boleh mengesan dengan lebih jelas tentang penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Doktor juga semakin mudah untuk merawat pesakit.
Terutama sekali bagi ibu yang hamil. Jika dulu, sebelum adanya hospital, susah untuk kita tahu keadaan kandungan kita sama ada sihat atau tidak. Hanya memandang dari luaran sahaja untuk tahu keadaan kandungan tersebut. Tetapi sekarang, dengan adanya peralatan canggih, kita boleh tahu keadaan kandungan kita.
Doktor akan menggunakan scan atau imbasan ultrasound untuk memeriksa kandungan. Banyak kebaikan jika si ibu scan kandungannya. Apakah kebaikannya?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai manfaat si ibu scan kandungan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
Ultrasound adalah merupakan pemeriksaan menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej sebahagian organ dalam badan kita. Gelombang bunyi yang digunakan adalah berfrekuensi tinggi dan tidak
boleh didengar oleh deria pendengaran manusia kemudian gelombang pantulan ini diproses oleh komputer untuk menghasilkan imej organ yang sedang diperiksa. Imej yang dihasilkan itulah yang dipaparkan pada skrin
yang terdapat pada mesin ultrasound yang digunakan.
Imbasan ultrasound merupakan kaedah yang selamat serta hampir tepat. Selain itu, imbasan ultrasound juga dapat mengenalpasti masalah awal semasa kehamilan juga masalah terhadap bayi yang dikandung. Ia
digunakan untuk ;
*Banyakkan manfaat jika kandungan di scan kerana kita dapat melihat keadaan bayi tersebut sama ada sihat atau tidak. Kita juga dapat melihat jantina bayi, jadi kita boleh membuat persediaan menyambut bayi lelaki atau perempuan. Tidaklah kita membazir wang beli semua barang bayi perempuan dan lelaki. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.