Jika sebelum ini telah disenaraikan 10 kriteria calon isteri idaman yang diinginkan lelaki untuk dijadikan sebagai isteri, ini pula adalah 11 kriteria lelaki idaman yang dihajati oleh para wanita sebagai suami. Lelaki memang sering bercakap tentang ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya dan para lelaki juga patut sedar yang para wanita turut memiliki hajat yang sama.

kriteria lelaki idaman wanita
Imej via : Baituljannah

Apa? Ingat lelaki saja ada ciri-ciri wanita idaman? Perempuan pun ada juga ciri-ciri lelaki idaman untuk membantunya membuat keputusan untuk menerima lamaran dari seseorang lelaki itu atauipun tidak. Antara kriteria utama si lelaki perlu ada untuk menjadi seorang suami idaman wanita ini adalah seperti yang berikut.

1- Lelaki Yang Berpegang Pada Ajaran Agama Islam

Untuk tangga pertama sudah semestinya seorang lelaki yang berpegang pada ajaran Islam. Apabila agama menjadi teras kehidupan, maka InshaAllah nilai-nilai terpuji yang ada pada lelaki tersebut akan membuatkan wanita merasa sangat bahagia.

2- Lelaki Yang Bertanggungjawab

Maksud bertanggungjawab ini adalah tahu akan tanggungjawab sebagai seorang suami yang tidak akan mempersia-siakan isterinya. Tidak juga alpa dalam memberi nafkah zahir dan batin serta boleh di harap dalam menjadi pelindung untuk isteri termasuk juga untuk anak-anak yang bakal dilahirkan nanti.

3- Lelaki Yang Yakin Pada Diri Sendiri

Keyakinan diri juga merupakan faktor penting yang dicari oleh wanita. Keyakinan inilah yang dapat menjadi semangat untuk hidup bersama dalam menempuhi apa jua halangan sepanjang bersama. Yakin pada diri sendiri sebegini juga akan membuatkan si lelaki tersebut lebih positif dan tidak hanya berpeluk tubuh dan berputus asa.

4- Lelaki Yang Macho Dan Ada Rupa

Jika lelaki idamkan seorang wanita yang cantik untuk dibanggakan, wanita pula impikan seorang lelaki yang macho dan ada rupa untuk didampingi selalu. Macho ini boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki yang ada bentuk tubuh elok dan sihat. Manakala untuk rupa pula tak adalah harap sehandsome hero di dalam drama, memadailah seorang yang nampak kemas dan pandai menjaga kebersihan diri.

5- Lelaki Yang Bijak Dan Bersemangat

Wanita juga mengimpikan seorang lelaki yang berpendidikan tinggi. Tidak semestinya perlu menjadi seorang ahli akademik. Memadai bijak dalam bidang yang diceburi sehingga mempunyai skill yang tertentu.

6- Lelaki Yang Selalu Suka Buat Lawak (Lucu)

Lawak adalah ciri yang sangat disukai wanita. Lelaki yang ada unsur lucu begini boleh membuatkan wanita berasa happy selalu dan tidak stress. Lelaki yang suka buat lawak ini juga boleh membuatkan si wanita berasa sangat bahagia kerana berjaya memiliki seorang lelaki yang akan selalu berusaha mengambil hatinya.

7- Lelaki Yang Peka Dan Sensitif Hingga Boleh Memahami Perasaan Wanita

Pasangan mana yang tidak suka jika pasangannya dapat memahami apa yang di sukai, tidak di sukai dan sebagainya. Berjaya mendapat pasangan yang amat memahami begini boleh dikatakan seperti jodoh yang sangat serasi untuk terus kekal hidup bersama sehingga ke jannah.

Tidak dinafikan mana ada pasangan yang tiba-tiba saja boleh saling memahami. Semuanya memerlukan usaha. Dan tips terbaik untuk memahami pasangan adalah dengan memberi perhatian atas apa jua yang dicakapkannya. Setiap kali pasangan bercakap kamu akan berperanan sebagai si pendengar. Dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya.

8- Lelaki Yang Ada Pekerjaan Dan Sumber Kewangan Sendiri

Nak berkahwin sudah tentu perlu ada pekerjaan. Jika tidak bagaimana nak sara anak isteri. Memiliki perkerjaan ini tidak bermaksud perlu bergelar seorang majestrit, doktor atau lawyer (peguam).

Tidak kisah apa jua pekerjaan yang penting halal dan boleh memberi sumber kewangan yang cukup untuk hidup bersama. Jika ada masalah kewangan berdoalah selalu agar Allah SWT tambahkan lagi rezeki yang kurang itu.

9- Lelaki Yang Amat Sukakan Kanak-Kanak

Lelaki yang ada sifat amat sukakan kanak-kanak adalah ciri-ciri awal untuk seorang lelaki yang penyayang. Jika dari awal si lelaki itu kelihatan seronok melayan kanak-kanak maka tidak mustahil si lelaki itu akan dapat menjadi seorang bakal suami dan juga bakal ayah yang baik dan penyayang dalam melayani anak dan isterinya kelak.

Sesungguhnya hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Membelai kanak-kanak yang ditemui, memberikan perhatian dan mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu merupakan suatu perbuatan yang boleh memperlihatkan bahawa si lelaki tersebut ada ciri-ciri untuk menjadi seorang bapa.

kriteria lelaki idaman wanita
image via : Mediaself

9- Lelaki Yang Romantik

Wanita memang sangat suka seorang suami yang romantik kerana wanita ini sifatnya suka di belai dan dilindungi. Namapun wanita ni adalah sebahagian daripada tulang rusuk si suaminya kan maka tak mustahillah mengapa wanita ini menginginkan dirinya di sayangi dan di cintai selalu.

Romantk yang dimasukkan ini bukan gatal atau miang tetapi lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan selalu memberi perhatian pada si wanita. Paling penting tidak pernah lupa akan tarikh-tarikh yang bermakna sepanjang perhubungan tersebut.

10 – Lelaki Yang Tidak Ego Dan Tidak Terlalu Mengongkong

Ini memang penting! Sangat-sangat penting! Walaupun dalam Islam sudah dijelaskan yang si suami itu ada hak ke atas isterinya dan syurga untuk seorang isteri itu pula adalah di bawah telapak kaki suaminya sendiri namun itu semua tidak membawa maksud yang si suami boleh ego dan mengongkong si isteri dengan sewenang-wenangnya.

Tolonglah jangan dikongkong kehidupan isteri dengan pelbagai syarat yang tidak masuk akal kerana hakikatnya si isteri itu adalah seorang manusia yang juga perlukan sedikit kebebasan untuknya bernafas di atas muka bumi Allah ini dengan penuh rasa syukur dan selesa. Nak kawal isteri tidak salah tetapi janganlah diperlakukan bagai mengurung seekor burung di dalam sangkar.

11- Lelaki Yang Setia Dan Tidak Curang

Ini memang sengaja cari nahas! Perempuan mana boleh tahan jika dianugerahkan seorang lelaki yang tidak setia dan curang. Sudah berkahwin tetapi masih berlagak macam orang bujang. Eh memang sengaja cari pasal. Lelaki sebegini memang tidak layak dijadikan seorang suami oleh mana-mana wanita sekalipun.

Sedangkan melihat suami bercakap dengan perempuan lain si isteri sudah cemburu tahap naik gila, inikan pula jika mendapat tahu si suami bermain kayu tiga. Tolonglah setia dan jangan mudah melayan mana-mana wanita lain dengan sesuka hati. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Melihat akan segala perbuatan.

Itulah dia antara senarai untuk kriteria lelaki idaman wanita yang layak untuk diterima sebagai suami pujaan hati. Semoga dengan adanya perkongsian ini akan ada para lelaki yang boleh ikut berubah dan ingatlah juga yang pasangan itu adalah satu tanggungjawab yang perlu di jaga, di bela, di lindung dan di belai untuk saling hidup aman bahagia bersama.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.