Pernah dengar tentang khasiat buah zuriat? Adakah ia benar-benar akan membantu kehamilan? Jom baca khasiat buah zuriat ini mengikut pandangan doktor.
Buah zuriat merupakan panggilan kepada sejenis buah yang nama saintifiknya ialah hyphaene thebaica. Nama lainnya ialah palmia doum. Ada juga yang memanggilnya buah Adam dan Hawa. Pokoknya tumbuh subur di Arab Saudi, Mesir, Sudan dan negara-negara sekitarnya.
Saiznya lebih kurang sebesar ciku dan berwarna kuning kecoklatan. Ia mempunyai kulit yang keras dan perlu dipecahkan untuk mengambil isirungnya yang seperti buah kelapa sawit.
Ia bukanlah sejenis buah komersial seperti epal, durian, kiwi dan sebagainya. Namun, ia cukup kaya dengan antioksidan, serat, karbohidrat, vitamin dan banyak lagi. Malahan, buah zuriat kaya dengan lemak, protein, vitamin B1, B2 dan B3 serta flavonoid.
Jadi, apa kegunaan buah ini sehingga cukup terkenal di seluruh dunia?
Setiap pasangan yang sudah berkahwin mengimpikan mempunyai anak anak sebagai penyeri hidup. Namun, bukan semua orang bernasib baik dikurniakan rezeki anak. Jadi, pelbagai ikhtiar dibuat untuk mendapatkan zuriat sendiri.
Ada yang membuat rawatan di hospital. Ada pula yang mencuba ikhtiar lain misalnya dengan mengamalkan buah zuriat. Namun, adakah khasiatnya untuk membantu proses kehamilan ialah fakta atau mitos?
Dalam laman web hellodoktor.com, dikatakan bahawa terdapat beberapa khasiat buat zuriat, iaitu:
Jika diteliti khasiat-khasiat yang disenaraikan ini, buah zuriat memang boleh mengatasi masalah kesuburan. Walaupun tiada kajian yang khusus untuk menyokong teori bantu kehamilan ini, namun apa salahnya mencuba bukan?
Ada kajian yang dijalankan di Mesir yang mendapati buah zuriat mengandungi antioksida yang tinggi. Ini secara tidak langsung boleh mengaktifkan sel-sel reproduksi. Namun, kajian yang berterusan tetap perlu dijalankan.
Radikal bebas akan menyebabkan kerosakan sel-sel badan. Hal ini menyebabkan tahap kesuburan wanita dan lelaki akan menurun. Kerosakan ini akan menjejaskan kualiti sperma, proses pematangan ovum dan sebagainya.
Kandungan antioksida yang tinggi di dalam buah zuriat dapat menangkis serangan radikal bebas ini. Oleh itu, ia dapat regenerasi sel-sel tubuh termasuklah sistem reproduksi.
Biasanya cara pengambilan buah zuriat ialah dengan mengamalkan air rebusan isirungnya setiap hari. Tiada salahnya untuk mencuba buah zuriat ini. Mana tahu ia serasi dengan anda. Kita hanya berusaha dan merancang, tawakal sahaja kepada Allah.
Selain buah zuriat, terdapat beberapa makanan yang boleh membantu meningkatkan kesuburan. Anda juga boleh mencubanya juga sebagai ikhtiar untuk hamil.
Avokado sangat kaya dengan folat. Malahan, kandungan vitamin K di dalamnya membantu tubuh menyerap nutrien secara optimum. Ia juga mengekalkan kesimbangan hormon. Kalium di dalam buah ini berfungsi untuk mengawal tekanan darah.
Kandungan magnesium yang tinggi di dalam walnut membantu penghasilan progresteron. Ia dapat meningkatkan kesuburan wanita dengan meningkatkan bekalan darah ke rahim.
Siapa sangka ikan yang sangat lazat ini sangat bagus untuk tingkatkan kesuburan. Kandungan lemaknya iaitu sumber omega-3 dan DHA sangat baik untuk perkembangan otak dan mata janin di dalam kandungan.
Buah yang kaya dengan serat ini bukan sahaja baik untuk sembelit dan buasir tetapi juga masalah kesuburan. Bagi penghidap sindrom ovari polisistik (PCOS) iaitu sejenis gangguan hormon wanita dan ovulasi, buah ini sangat bagus.
Kandungan antioksida yang tinggi di dalam buah delima sangat bagus untuk wanita yang ikhtiar untuk hamil. Malahan, ibu yang sedang hamil juga digalakkan untuk minum jus delima. Kandungan nutrien kesuburan seperti asid folik, vitamin A, E dan B3 sangat tinggi.
Sayur ini mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin C yang tinggi. Nutrien-nutrien ini sangat diperlukan oleh ovari untuk mematangkan telur dan proses ovulasi.
Vitamin B6 di dalam pisang dikatakan dapat melancarkan kitaran haid dan tingkatkan kesuburan. Ini dapat merendahkan risiko kemandulan dan komplikasi kehamilan.
Kubis dikatakan mempunyai di-indole metana iaitu sejenis bahan kimia yang berperanan penting dalam metabolisme estrogen. Oleh itu, risiko pembentukan fibroid dan endometriosis dan dikurangkan. Kedua-dua masalah ini boleh mengganggu proses kehamilan.
Siapa sangka kentang dapat meningkatkan pembahagian sel kerana kandungan vitamin B dan E di dalamnya. Ini meningkatkan peluang untuk penghasilan yang sihat.
Harganya di pasaran agak mahal. Jika berkemampuan, anda boleh cuba mengamalkan memakan tiram. Kandungan zink di dalamnya membantu dalam pembentukan telur di dalam ovari. Malahan, tiram juga dapat meningkatkan kesuburan.
Namun begitu, dalam usaha untuk hamil, anda tetap perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Malahan, anda perlu menjaga pemakanan. Elakkan makanan yang tinggi gula, garam dan lemak.
Apabila berat badan berlebihan atau obesiti, peluang untuk hamil akan menjadi lebih rendah. Jauhi arak dan rokok yang terbukti akan mengurangkan tingkat kesuburan anda. Bersenam secara konsisten dan jauhi stres.
Walaupun anda mengamalkan pelbagai jenis makanan yang meningkatkan kesuburan termasuk buah zuriat, anda tetap perlu sihat. Konsep sihat di sini merujuk kesihatan mental, emosi dan tubuh badan. Oleh itu, amalkan gaya hidup yang aktif dan positif.
Setakat ini sahaja perkongsian penulis tentang khasiat buat zuriat. Jemput juga baca tentang petua hamil khasiat air kelapa untuk ibu hamil dan petua pemakanan untuk ikhtiar hamil.