kanak-kanak-baca-al-quran

panduanhidupislam.wordpress.com

Sebut tentang zikir, yang saya faham selama ni ialah zikir perlu dibuat supaya hati lebih tenang, hidayah Tuhan datang, hidup menjadi lebih berkat.

Senang kata, sebenarnya tiadalah hendak sangat buat. Saya mengaku saya kena paksa diri saya untuk berzikir.

Tapi, masha Allah, apa yang berlaku sesi malam dengan anak beri saya ‘feeling’ baru tentang zikir. Dan saya belajar dari anak saya yaya.

Waktu itu, kami solat Isyak sebelum tidur. Ternguap nguap dia saya tengok, menunggu mamanya siap bertelekung (dia sudah bertelekung terlebih dahulu). Matanya juga sudah hampir terlelap.

Saya tengok jam ‘patutlah dah nak pukul 1030’. Dalam hati saya kata ‘nanti lepas solat, terus doalah. Tak payah zikir. Kesian pula dia dah ngantuk benar.

Jadi habis sahaja solat, saya tengok mukanya yang mengantuk saya terus angkat tangan, bersedia untuk doa. Tiba-tiba Yaya tanya “Mama, zikir?”

Muka saya terus tersipu-sipu. “Eh, aah Yaya, sorry mama lupa” Buat-buat lupa nak cover depan anak.

Bila start je zikir, tiba-tiba macam magik anak saya jadi happy. Mukanya ceria, hilang mengantuknya. Dia berzikir siap dengan jari-jarinya sekali. ‘Eh, apa yang berlaku?’ saya pelik. Saya pun secara automatik berzikir dengan happy.

Habis zikir, saya tanya dia. Katanya dia suka zikir. Ya, memang saya nampak dia sangat seronok berzikir.

zikir001

myhalaqah.blospot.com

Ya Allah, malunya saya pada diri sendiri. Saya paksa-paksa diri untuk berzikir sedangkan anak, dia yang minta untuk berzikir. Dan dia berzikir dengan sangat gembira. Bukan terpaksa, tapi sesuatu yang padanya seronok untuk dilakukan.

Itulah ‘The power of zikir’ yang saya dapat dari anak saya. Zikir sesuatu yang menggembirakan hati. Yang dengannya, kita rasa gembira.

Terima kasih anakku. Mama belajar banyak darimu.

Penulis: Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.