Adakah keputihan ketika hamil boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kandungan ibu?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah keputihan ketika hamil.

Apa itu keputihan?

keputihan ketika hamil

Statistik yang dinyatakan oleh MyHealth, menunjukkan bahawa hampur 75% wanita yang sudah berkahwin mempunyai masalah keputihan disebabkan oleh hubungan intim.

Keputihan adalah masalah biasa yang berlaku kepada kebanyakkan para wanita. Ia merupakan cecair atau lendir likat berwarna putih yang keluar dari faraj.

Kesannya, keputihan akan menyebabkan kita berasa kurang selesa di bahagian faraj seperti kegatalan sehingga boleh membawa kepada risiko kesihatan wanita yang lebih teruk.

Jenis keputihan ketika hamil

Berikut kami kongsikan antara 5 jenis keputihan yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

1. Vaginosis Bakteri (BV)

Dalam vagina ada “bakteri baik” dan “bakteria jahat”. Bakteri baik berfungsi untuk mengatur ekosistem dalam vagina sekaligus mengawal pertumbuhan bakteria jahat.

Namun sekiranya berlaku keseimbangan antara dua bakteria ini terganggu, iaitu tidak terdapat cukup bakteria baik dan terlalu banyak bakteria jahat.

Di sinilah yang berlakunya masalah vaginosis bakteria. Biasanya, keputihan yang licin, berair, dan keputihan berwarna putih atau kelabu, dengan bau hanyir yang keluar dari faraj khususnya selepas melakukan hubungan intim.

Sekiranya ibu hamil menghadapi masalah ini, segera dapatkan rawatan di hospital bagi mengelakkan kesan dari bersalin pramatang.

2. Jangkitan Yis

Tanda berlakunya jangkita yis adalah  gatal-gatal dan kemerahan pada kulit sekeliling faraj yang menyebabkan kesakitan di dalam faraj.

Ibu biasanya akan berasa pedih di dalam faraj ketika menjalankan hubungan intim atau ketika kencing.

Mereka yang menghidap jangkitan ini mempunyai tekstur keputihan seperti bongkah keju.

3. Trichomoniasis

Trichomoniasis adalah keputihan berupa lendiran yang berbuih atau berbuih putih atau hijau kekuningan dan berbau busuk.

Ia disebabkan oleh  jangkitan protozoa yang boleh tersebar melalui hubungan intim.

Jangkitan Trichomoniasis biasanya akan menyebabkan kita berasa tidak selesa, keluar air kencing yang banyak, kawasan kemaluan berasa gatal, dan sesetengahnya berasa sakit pada bahagian pinggul.

4. Gonorrhea dan Chlamydia

Keputihan disebabkan oleh Gonorrhea akan mengeluarkan keputihan berwarna kekuningan, kelihatan kemerah-merahan dan bengkak pada kulit kemaluan dan gatal-gatal pada kawasan faraj.

Kesan yang sama juga akan berlaku pada penghidap masalah keputihan Chlamydia iaitu jangkitan pada saluran kencing.

5. Group B Streptococcus (GBS)

Group B Streptococcus (GBS) adalah jenis keputihan yang banyak berlaku kepada wanita hamil.

Sungguh pun tidak berbahaya, penyakit ini akan memberi kesan buruk kepada bayi yang bakal dilahirkan jika ia tidak dipantau oleh doktor.

Risiko untuk bayi tersebut menghidap meningitis (jangkitan kuman selaput otak) pada bayi baru lahir seawal minggu pertama kelahiran adalah tinggi.

Tanda keputihan yang normal

keputihan ketika hamil

Terdapat beberapa tanda yang boleh anda periksa sama ada keputihan yang keluar dari faraj adalah normal atau sebaliknya. Berikut adalah penjelasannya:

  • Bau: Cairan biasa biasanya tidak mempunyai bau yang kuat atau tidak menyenangkan.
  • Warna: Cairan biasa biasanya berwarna jernih atau putih.
  • Konsistensi: Keputihan normal boleh mempunyai konsistensi yang berbeza. Ia boleh menjadi tebal dan melekit atau licin dan basah serta bergantung pada faktor seperti kitaran haid dan perubahan hormon anda.
  • Kuantiti: Jumlah keputihan boleh berbeza antara individu dan sepanjang peringkat kitaran haid anda. Keputihan yang lebih pekat mungkin berlaku semasa kehamilan, aktiviti seksual atau semasa menggunakan kawalan kelahiran.

Tanda keputihan yang tidak normal

Dalam masa yang sama, keputihan juga boleh memberi bahaya kepada kesihatan diri kita apabila berlaku tanda keputihan seperti berikut:

  • Bau yang tidak menyenangkan 
  • Kegatalan pada vulva, pembukaan faraj atau labia
  • Sakit, kemerahan atau bengkak pada vulva 
  • Sakit semasa hubungan seksual atau kencing
  • Keputihan bercampur darah
  • Sakit pelvis atau perut
Warna PuncaCiri-CiriBauGejala Yang Berlaku
PutihCandidiasis (jangkitan yis yang disebabkan oleh organisma Candida albicans)Lelehan keputihan pekat, berwarna putih, seakan dadih dan berkelupas yang sering melekat pada dinding vaginaTiadaKegatalan vulvovagina yang teruk, rasa sakit semasa mengadakan hubungan kelamin
Kuning hijauTrichomoniasis (jangkitan seksual yang disebabkan oleh organisma Trichomonas vaginalis)Berbuih atau berbusa, nipis, meleleh Hanyir, berbau busuk (busuk) Sakit, rasa gatal di sekitar vagina, sakit semasa kencing, semakin kerap membuang air kecil
KelabuVaginosis bakteriaCair, berbuih, meleleh Hanyir, berbau busuk (busuk)Kerengsaan 
Kuning hijau (daripada serviks)Servisitis PekatPelbagai, biasanya berbau busuk (busuk)Sakit abdomen bawah, rasa sakit semasa mengadakan hubungan kelamin

Keputihan ketika hamil, bahaya ke?

Secara umumnya, adalah normal bagi kita mendapatkan tanda keputihan ketika hamil. Bahkan wanita hamil biasanya mempunyai lebih banyak keputihan yang keluar dari faraj.

Namun demikian, apabila keputihan tersebut bertambah serius dan mempunyai tanda tidak normal yang seperti kami nyatakan di atas, segeralah dapatkan rawatan di hospital.

Rawatan keputihan ketika hamil yang tidak normal

  • Vaginosis Bakteria (BV): Anda mungkin diberi antibiotik dalam bentuk pessari, gel atau krim (yang dimasukkan ke dalam faraj) atau tablet yang diambil oleh mulut
  • Jangkitan Yis: Biasanya dirawat dengan pessari ataupun ubat krim.
  • Chlamydia: Anda akan diberi  Pil antibiotik.
  • Gonorrhea: Rawatan yang disarankan untuk gonorrhea adalah antibiotik yang diberikan secara suntikan. Anda juga akan diberikan antibiotik dalam bentuk tablet pada masa yang sama untuk membantu merawat jangkitan Chlamydia (kerana pesakit mudah  mendapat kedua-dua jangkitan itu pada masa yang sama).

Selain dari isu keputihan ketika hamil ini, anda juga boleh baca artikel tentang kesihatan wanita yang lain seperti:

Sumber:

  1. What Do Different Colors of Discharge Mean in Pregnancy? Medical News Today
  2. How Vaginal Discharge Changes During Pregnancy. Very Well Family

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.