Kita lihat sekarang, ramai netizen yang suka komen perkara yang negatif di gambar-gambar artis atau gambar orang biasa tanpa memikirkan hati dan perasaan orang tersebut. Netizen kini semakin ramai dan termasuk lah budak-budak bawah umur yang komen di gambar orang lain. Tidak salah jika mahu komen di gambar orang lain tetapi komen yang diberikan adalah negatif dan boleh memberi kesan kepada mangsa.
Apakah yang membuatkan netizen ini suka komen negatif di gambar-gambar artis atau orang biasa? Perkara ini berlaku kerana mereka tidak dididik mengenai digital etiquette atau etika digital. Apakah itu etika digital?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kepentingan didik anak mengenai digital etiquette. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.
Digital Etiquette atau Etika Digital ni adalah kita ajar anak kita cara nak bergaul dan berkomunikasi dengan orang di alam maya seolah olah dia sedang berkomunikasi dan bergaul dengan orang di alam realiti. Cara anak kita bergaul, berbalas komen, bersembang dan melayan orang di dunia digital kalau boleh biar sama dengan cara dia layan orang yang dia selalu ‘face to face’. Barulah betul adab bergaulnya.
Kalau komen jangan maki hamun
Kalau nak tegur, tegurlah dengan sopan
Kalau marah janganlah sampai mencarut
Kalau bergaduh jangan sampai buka aib
Kalau nak menyakat sekalipun jangan sampai buat body shaming
*Itulah maksud etika digital. Zaman dulu, teknologi tidak secanggih sekarang, maka netizen juga kurang memberi komen kepada artis atau orang lain. Oleh itu, orang dulu-dulu, adab mereka lebih sopan daripada orang zaman kini. Maka, ibu bapa perlu didik anak mengenai etika digital agar mereka tidak melakukan perkara yang tidak baik kepada orang lain. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang yang disayangi.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.