Kentut faraj dikalangan wanita adalah suatu kejadian yang sukar untuk dielakkan. Rata-rata kaum hawa sama sekali tidak mahu kentut faraj ini berlaku tetapi apakan daya, kentut faraj ini dengan sendirinya akan terjadi tanpa dapat dikawal. Persoalannya sekarang, adakah kentut faraj ini normal ataupun berbahaya?
Untuk pengetahuan anda, kentut faraj ini boleh berlaku disebabkan oleh kandungan udara yang terperangkap di dalam faraj. Gas di dalam faraj ini kemudiannya akan dilepaskan secara semulajadi tanpa bunyi yang jelas. Kentut faraj ini juga tidak mengeluarkan sebarang bau sebagaimana kentut biasa yang keluar dari punggung.
Selalunya kentut faraj ini hanya disedari oleh tuan empunya diri seorang saja di saat ianya sedang berlaku. Kentut faraj ini boleh terjadi pada bila-bila masa terutama ketika seseorang wanita itu sedang melakukan hubungan seks, saat bersenam, melakukan regangan atau dalam keadaan apa sekalipun yang melibatkan pergerakan tubuh.
Keadaan umum dan faktor yang berkaitan dengan kentut faraj termasuk:
Kentut faraj ini tidak membahayakan. Ianya adalah normal dan boleh berlaku pada mana-mana wanita terutama yang telah melepasi umur pertengahan. Kentut faraj boleh berlaku dengan lebih kerap bagi wanita yang kurang peka terhadap penjagaan rahim semasa di dalam tempoh berpantang selepas bersalin.
Menurut artikel yang diterbitkan oleh pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bagi mazhab Syafie dan Hanbali tatkala keluarnya angin dari qubul (kemaluan wanita/lelaki) ternyata ianya akan membatalkan wudhu.
Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,
‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”. – Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari
Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;
Namun begitu, seandainya seseorang itu sedang menghadapi penyakit seperti sentiasa keluar angin, kencing dan tinja, maka di sini terdapat rukhsah keringanan untuk solat walaupun keluar sesuatu daripada dua jalan kerana dianggap seperti darah istihadah.
Masalah kentut vagina ini boleh diatasi sepenuhnya dengan cara mengamalkan petua yang telah dicuba oleh ramai orang. Antara petua tersebut adalah:
Ramai dikalangan wanita yang mengalami masalah kentut faraj ini berasa risau sekiranya suami akan mencari pasangan yang baru. Tanggapan itu adalah salah. Tidak semua suami akan menduakan si isteri hanya kerana nafsu.
Sebagai wanita yang mengalami masalah kentut faraj ini anda tidak boleh berasa rendah diri. Terus sayangi diri anda dan berusaha dengan tenang untuk perbaiki masalah kentut faraj ini dari masa ke semasa.